Connect with us

Mahkamah

Tiada agenda politik di sebalik laporan audit 1MDB – Ambrin

Bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang menegaskan beliau tidak mempunyai agenda politik di sebalik laporan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang disediakan Jabatan Audit Negara (JAN) pada 2016, Mahkamah Tinggi diberitahu pada Khamis. 

Saksi berusia 70 tahun itu berkata beliau hanya khuatir untuk membentangkan dapatan JAN kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Loading…

“Laporan itu telah pun dicetak. Kami semua telah bersedia untuk mempertahankan laporan kami kepada PAC…Kenapa saya harus mempunyai agenda politik?” katanya.

Saksi pendakwaan keenam itu berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh ketua pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada hari keenam perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung pindaan terhadap Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

Advertisement

Sri Ram: Jadi, anda hanya Ketua Audit Negara yang menjalankan tugas anda?

Ambrin: Benar.

Sri Ram: Siapa yang melantik anda? Adakah pelantikan anda mengikut perlembagaan? Anda bukan penjawat awam?

Ambrim: Saya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sri Ram: Adakah anda menganggap anda memenuhi tanggungjawab itu?

Advertisement

Ambrin: Iya, saya lakukan.

Terdahulu Ambrin ditanya mengenai mesyuarat penyelarasan yang diadakan pada 24 Feb 2016 untuk membincangkan pindaan kepada laporan 1MDB berikutan arahan daripada Najib.

Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, manakala Arul Kanda diwakili peguam Datuk N. Sivananthan.

Najib didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan pada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya manakala Arul Kanda dituduh bersubahat dengan Najib berhubung kesalahan sama.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 22 dan 26 Feb 2016.

Advertisement

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung 9 Jan depan. – Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel