Connect with us

Terkini

Wanita rakam lelaki cuba mengintainya dari bawah pintu jamban

Cubaan seorang lelaki untuk mengintai wanita di dalam tandas di stesen minyak menemui kegagalan apabila mangsa berjaya merakam wajah suspek.

Dalam kejadian yang berlaku di Thailand itu, mangsa berjaya merakam video yang menunjukkan suspek menceroboh dan cuba mengintainya melalui bawah pintu tandas.

Loading…

Mangsa sebelum itu singgah ke stesen berkenaan untuk menggunakan tandas dan ketika berada di dalam, dia menyedari ruang di bawah pintu tandas agak luas, lalu mengeluarkan telefon bimbit dan menggunakan kameranya untuk melihat apa yang dapat dilihat melalui posisi itu.

Tiba-tiba datang seorang lelaki masuk ke tandas itu dan terus mengintainya dari bawah pintu. Mangsa juga berjaya merakam wajah suspek dengan jelas.

Advertisement

Menyedari dirinya dirakam, suspek terus keluar melarikan diri dari tempat kejadian.

Mangsa kemudian menghubungi rakan lelakinya datang kerana dia takut sekiranya suspek masih berada di luar menunggunya.

“Saya menggigil dan stesen itu pula sunyi sepi. Saya tak berani keluar kerana takut jika dia menunggu saya di luar sebab dia ternampak saya merakam video itu,” katanya.

“Saya terus menghubungi rakan lelaki untuk datang mengambil saya. Kalau saya datang seorang diri, dia mungkin akan merogol dan membunuh saya selepas itu.

“Pada waktu itu, ada pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berhampiran. Tak tahu macam mana dia (suspek) boleh masuk ke tandas ini tanpa disedari. Apa ke gila nak mengintai orang yang tengah nak membuang?

Advertisement

“Susah dan bahaya jadi wanita ni kadang-kadang. Sekarang polis tengah cari mamat dalam video tu,” katanya.

Sumber: Gooddyyyyy

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel