Connect with us

Pilihan Editor

Tun M beri Kelantan RM400 juta untuk kesejahteraan rakyat dan peningkatan ekonomi

Kerajaan Kelantan menerima wang ‘one-off’ daripada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak RM400 juta pada bulan lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, wang ‘one-off’ berkenaan adalah pertama kali diterima Kelantan daripada Perdana Menteri.

Loading…

Menurutnya, pihaknya menerima surat rasmi daripada Tun Dr Mahathir sendiri pada 17 Disember lalu berhubung pemberian terbabit untuk kesejahteraan rakyat Kelantan dan peningkatan ekonomi negeri.

“Kerajaan terima surat khas pada 17 Disember dengan nama one-off kepada Kelantan untuk tahun 2019 sebanyak RM400 juta daripada Tun sendiri.

Advertisement

“Wang berkenaan sudah diterima selepas 25 Disember lalu. Jadi kita mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Tun,” katanya kepada media hari ini.

Ahmad berkata, dalam surat berkenaan tidak menyatakan sama ada wang itu berkaitan royalti dituntut daripada kerajaan Pusat ataupun tidak.

“Setakat ini dinamakan sebagai ‘one-off’ daripada YB Tun Mahathir sendiri dan saya tidak boleh kata wang royalti. Pertama kali dari Tun sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ahmad menyampaikan Amanat Tahun Baru 2020 kepada kakitangan awam di Kompleks Kota Darul Naim.

Hadir sama, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad. – Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel