Connect with us

Terkini

Iran akhirnya mengaku tersilap tembak jatuh pesawat Ukraine

TEHRAN: Iran hari ini telah mengakui tersilap menembak pesawat komersial Ukrainian International Airlines pada 8 Januari lalu, yang mengorbankan 176 nyawa.

Iran mengakui tersilap tembak selepas mendapati pesawat berkenaan terbang berdekatan tapak ketenteraan milik Pengawal Revolusi negara itu.

Loading…

Tentera Iran dalam satu kenyataan menerusi televisyen negara itu berkata, pesawat itu ditembak tanpa sengaja atas faktor kesilapan manusia.

“Republik Islam Iran amat mengesali kesilapan malang ini. Doa saya mengiringi semua keluarga yang sedang berdukacita.

Advertisement

“Takziah paling jujur daripada saya,” katanya di Twitter, seperti dipetik Reuters.

Pada rabu lalu, pesawat Ukraine International Airlines dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang antarabangsa di Tehran sebaik saja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang Imam Khomeini di Tehran untuk perjalanan ke Kyiv.

Semua 176 anak kapal dan penumpang dilaporkan terkorban dalam insiden terbabit.

Petugas menunjukkan foto seorang gadis di lokasi jatuhnya pesawat Ukraina di Shahedshahr, Teheran, Iran

Nahas itu berlaku selepas Iran melancarkan serangan 22 peluru berpandu ke pangkalan menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Serangan itu sebagai tindak balas Iran terhadap AS susulan pembunuhan jeneral tertinggi Iran, Jeneral Qassem Soleimani selepas beliau terbunuh dalam serangan dron AS berdekatan lapangan terbang antarabangsa di Baghdad. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel