Connect with us

Terkini

Lumba haram di Jalan Kuala Perlis – Changlun, remaja bersama rakan ditahan

DUA lelaki termasuk remaja ditahan polis ketika berlumba haram di Kilometer 10 Jalan Kuala Perlis – Changlun berhampiran jejambat Titi Chai, Kangar, tengah malam tadi.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perlis, Deputi Superintendan Rusli Yahaya berkata, suspek berusia 21 dan 15 tahun ditahan menerusi Op Samseng Jalanan.

Loading…

“Remaja berkenaan bersama rakannya masing-masing menunggang motosikal yang diubah suai bentuk dan kelajuannya.

“Sebelum ditahan, mereka sempat berlumba bagi tujuan menduga kelajuan motosikal masing-masing dengan menundukkan badan, melakukan aksi zig-zag serta memotong sesama sendiri pada kelajuan yang tinggi,” katanya seperti dipetik My Metro.

Advertisement

Rusli berkata, pihaknya bertindak mengekori kedua motosikal terbabit dan menahan mereka di satu lokasi di sekitar Kangar.

“Remaja terbabit direman sehari, manakala rakannya selama dua hari bermula hari ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel