Connect with us

Pilihan Editor

“Apa yang tidak beretika itu?” – PM soal kembali wartawan selepas diaju soalan berkenaan pendedahan SPRM

Tindakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya mendedahkan rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi, tiada beza dengan pendedahan hasil serbuan pihak berkuasa terhadap rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yamg dirampas ditunjukkan kepada orang ramai.

Loading…

“Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza… Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020, di sini, malam ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain pada Rabu lalu.

Advertisement

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini turut meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.

Baca: PM: Tiada beza dedah rakaman audio dengan tunjuk barang Rosmah disita polis

Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap sebagai tidak beretika, Dr Mahathir menjawab ringkas, “Apa yang tidak beretika itu?”.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel