Connect with us

Terkini

Aziro nafi kena ‘prank’, memang niat nak cari isteri

Rasanya ramai yang perasan ada satu gambar yang mula viral di sosial media menunjukkan satu poster seorang lelaki sedang mencari jodoh.

Mungkin ramai yang sangkakan individu dalam gambar tu dah kena prank dengan kawan-kawan. Tapi, sebenarnya ia dilakukan sendiri oleh individu terbabit yang dikenali sebagai Aziro.

Loading…

Persoalan ini terjawab bila Aziro atau Nooraziro Abdullah telah dihubungi Harian Metro dan dia yang berasal dari Marang, Terengganu itu sudah berasa sangat lama hidup membujang dan tak tahan lagi bila selalu ditanya orang sekeliling bila nak kawin.

Disebabkan itu, Aziro nekad untuk membuat satu poster dan gantung dekat tepi jalan.

Advertisement

Aziro juga tidak kisah apa orang ramai nak kata dibelakangnya walaupun sudah viral, asalkan dia mendapat seorang isteri.

Aziro juga nekad untuk berkahwin dalam masa terdekat dan tidak kisah walaupun pasangannya itu gemuk atau tidak cantik.

“Pelbagai usaha saya lakukan untuk mencari jodoh termasuk adik membantu dengan memaparkan keinginan saya itu di sosial media, namun gagal.

“Bagaimanapun, naluri hati saya dapat merasakan jalan ini (gantung poster) mungkin membuahkan hasil.

“Saya terfikir, dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri,” katanya lagi.

 Dalam ramai-ramai penduduk Kampung Kuala Dungun dan pengguna jalan raya, tak kan seorang pun tidak sangkut untuk dijadikan isteri? Tidak kisahlah wanita macam mana, gemuk ke, kurus ke, hodoh ke, asalkan dapat menerima saya sebagai suaminya. – Kata Aziro.

Sudah viral sampai macam ni sekali, jadi apa agaknya perkembangan dan respon wanita-wanita di luar sana? Aziro mengatakan yang sudah ada beberapa wanita menghubunginya untuk berkenalan dan bertanyakan jika benar dia memerlukan seorang isteri.

Advertisement

Semoga Aziro cepat-cepat ditemukan jodohnya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel