Connect with us

Terkini

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Perlis dilapor stabil

TIMBALAN Pesuruhjaya 1 PAS Perlis Yussainie Yahya yang dilaporkan rebah ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, semalam sudah sedarkan diri dan berada dalam keadaan stabil.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, Yussainie, 40, kini diletakkan di bawah pemantauan doktor di HTF.

Loading…

“Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan melawat.

“Badan Perhubungan PAS Perlis turut merayu orang ramai untuk tidak Yussainie sebagai menghormati permintaan ahli keluarganya.

Advertisement

“Ia bagi membolehkan beliau mendapatkan rehat secukupnya,” katanya dalam kenyataan hari ini seperti dilapor My Metro.

Mohd Shukri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkata, PAS Perlis juga meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan kesihatan Yussainie.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai diminta untuk mendoakan agar Yussainie segera pulih.

Sebelum ini, Shukri pernah dikejarkan ke HTF dan Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronori (CCU).

Ia berikutan beliau rebah ketika menyampaikan ucapan pada Ceramah Muafakat Perdana Nasional di Dewan 2020, Kangar pada September tahun lalu.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel