Categories: Terkini

Pengerusi Bersatu Selangor sahkan Adun ditangkap polis

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, mengesahkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditahan polis seperti tular menerusi media sosial sejak pagi tadi.

Beliau berkata, ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Loading…

Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU, tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau berkata, walaupun ADUN itu tidak menghubunginya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila beliau menghubungi mereka.

Advertisement

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.

“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya seperti dipetik BH Online.

Abdul Rashid berkata, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sangat tegas dalam isu disiplin wakil rakyat dan jika didapati ADUN itu melakukan kesalahan, beliau perlu berdepan dengan tindakan.

Pada masa sama, Abdul Rashid turut menasihatkan semua wakil rakyat BERSATU untuk tidak terbabit dengan jenayah dadah dan jenayah lain.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan, beri tumpuan kepada tanggungjawab anda kerana anda dipilih oleh rakyat.

Advertisement

“Jadi anda perlu berkhidmat untuk rakyat, itu tugas anda dan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengesahkan ada pegawai Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi dan akan digantung tugas sehingga siasatan kes tersebut dimuktamadkan.

Baca: Pegawai KBS ditangkap polis akan digantung tugas

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

4 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago