Categories: Terkini

“Lu Hisap My D**k!” – Tunjuk alat sulit dan bertengkar, Aliff Aziz buat hal lagi!

Baru sahaja beberapa hari menjengah tahun baru 2020, nampaknya pelakon Aliff Aziz yang juga bekas suami Bella Astillah itu sekali lagi menjadi perhatian apabila tular satu rakaman video pelakon itu sedang bertengkar dengan beberapa individu.

Aliff, 29, dalam sebuah video yang sedang tular, pelakon itu dilihat bergaduh dengan seorang individu pula, kejadian itu didakwa berlaku di Singapura.

Loading…

Berdasarkan klip selama seminit 30 saat yang dimuat pemilik Facebook Official Fidz, penyanyi Sayang Sayang itu kelihatan bertengkar di sebuah kedai tepi jalan.

Lebih mengaibkan apabila Aliff turut menjerit dan menyebut nama individu dikenali sebagai Jiq. “Hey Jiq! Lu hisap my d*ck… Lu Panggil lu punya boss!” jeritnya dalam video itu.

Advertisement

Dipercayai berlaku di Singapura, bagaimanapun punca kejadian tidak diketahui, selain maki hamun dan membaling bangku, Aliff juga dilihat membuka zip seluar sehingga menampakkan seluar dalamnya dan memegang alat sulit.

Pelbagai komen ditinggalkan, ada yang bingung dengan kelakuan Aliff sejak bercerai, ada juga yang mengecam rakannya merakam video berkenaan.

Rata-rata komen netizen bagaimanapun menyalahkan individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut kerana di penghujung rakaman, Aliff telah memberi amaran supaya aksinya tidak dirakam.

Aliff Aziz yang juga pelakon dan penyanyi itu mula muncul di persada hiburan pada 2007.

Abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu juga tidak pernah sepi dari kontroversi yang mana pada November tahun lalu, beliau ditahan pihak berkuasa negara republik itu kerana menganggu ketenteraman awam akibat mabuk dan bergaduh di Orchard Road.

Aliff juga dilaporkan telah beberapa kali berlaku curang yang menyebabkan isterinya pelakon Bella Astillah kemudian memohon cerai 16 Mei tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki.

Advertisement

Pada 3 September lalu, Aliff telah dituduh mencuri wang milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia bernama Raja Yunika Perdhana Putri dan satu lagi kes mencuri sekotak rokok Marlboro serta pemetik api milik seorang lelaki di Starbucks Plaza Singapura. – Malaysian Update

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

20 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

21 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago