Connect with us

Pilihan Editor

Sah Kelantan beli Mercedes Benz baru untuk MB

Kereta mewah jenama Mercedes Benz dipercayai kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, tular di laman sosial.

Kenderaan model terbaharu itu dipercayai bernilai hampir RM700,000 ditempah sejak tahun lalu dan mula digunakan tahun ini.

Loading…

Sumber yang juga kakitangan Pejabat Kerajaan Negeri, ketika dihubungi mengesahkan kenderaan terbabit milik Menteri Besar Kelantan.

“Ya, itu memang kereta rasmi Menteri Besar yang ditempah sejak tahun lalu,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Terdahulu, kereta mewah berwarna hitam model S450 menggunakan nombor plat DV 1 itu tertulis Menteri Besar Kelantan, mula tular di Facebook selepas dimuat naik seorang pelayar laman sosial berkenaan.

Berdasarkan gambar yang tersebar, pelayar terbabit turut memaklumkan kereta model S 450 berharga RM699,888. – Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel