Connect with us

Terkini

‘Saya berada di tempat, pada masa yang salah’

“Saya berada di tempat yang salah dan pada masa yang salah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah berhubung dakwaan beliau antara ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di sini, semalam.

Loading…

Menurut Adhif, beliau hadir ke kondominium itu hanya untuk menghadiri sesi perbincangan sahaja dan tidak melakukan sebarang kesalahan mengikut undang-undang.

“Saya tidak boleh memberikan sebarang komen terhadap isu ini kerana ia sedang disiasat malah dinasihati tidak berbuat demikian.

“Namun saya boleh katakan, saya berada di tempat yang salah pada masa yang salah…malah saya tegaskan bahawa saya berada di pihak yang benar,” katanya ketika ditemui wartawan NSTP, di rumahnya di sini, sebentar tadi.

Advertisement

Ditanya adakah isu itu dirancang pihak tertentu, Adhif berkata, ia tidak mustahil.

“Saya musykil bagaimana laporan itu boleh disebarkan kerana itu hanyalah laporan awal sahaja. Saya juga tidak tahu adakah ada pihak lain yang cuba memainkan isu ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Adhif menjelaskan beliau langsung tidak tertekan kerana tahu diri dan rakan-rakannya berada di pihak yang benar.

“Selepas membantu siasatan, saya kembali ke rumah dan tidur seperti biasa dan hanya mengetahui kekecohan di laman sosial apabila bangun pagi tadi.

“Ketika ini pun saya tidak tertekan dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan dan akan seperti biasa meneruskan kerja dan tanggungjawab kepada rakyat sebagai ADUN,” katanya yang mengakui menerima banyak panggilan telefon daripada pelbagai pihak.

Advertisement

Ditanya kekeliruan beliau direman di lokap polis, Adhif menafikan perkara itu sebaliknya menjelaskan bahawa beliau tidak ditahan dan berada di rumah.

“Apa yang diterima oleh orang ramai hanyalah laporan awal tetapi ia tidak seperti yang digambarkan. Saya bekerjasama dengan baik dengan pihak polis malah pulang lambat semalam kerana membantu siasatan rakan-rakan,” katanya. – BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel