Connect with us

Terkini

‘Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu’ – Dihalang tanam di kampung sendiri, Ayah usung jenazah anak merata cari tanah kubur

Tular di media sosial seorang bapa dikatakan tidak dapat mencari tanah perkuburan untuk anaknya yang baru meninggal dunia kerana keluarga tersebut  dikatakan tidak mempunyai dokumen lengkap dan mempunyai masalah kewangan untuk kebumikan anak mereka yang masih kecil.

Perkongsian ini telah menimbulkan rasa sedih dan juga marah oleh netizen yang bersimpati dengan nasib keluarga ini yang dinafikan hak untuk mengebumikan anak mereka apatah lagi saudara yang seagama.

Loading…

Menerusi perkongsian daripada Abam Botak yang merupakan seorang anggota menguruskan jenazah berdepan dengan satu masalah di mana jenazah seorang bayi didakwa dihalang untuk dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan tempat kediaman mereka.

Advertisement

Kawasan perkuburan merupakan satu tempat untuk semua orang akan pergi meninggalkan dunia ini dan tuntutan agama itu harus dipegang kuat oleh kita yang beragama Islam.

Namun, dimana adab kita sebagai orang Islam jika tidak menjaga hubungan antara satu sama lain. Ikuti perkongsian menyayat hati oleh Abam Botak ini supaya menjadi teladan untuk kita semua.

Aku cintakan Agama dan aku cintakan negara.

Bapa saya berbangsa Kadazan murut muslim, ibu saya pula berbangsa Sungai. Dalam darah saya mengalir darah anak jati Sabah.

Saya cintakan keamanan negara saya, saya cintakan nilai persaudaraan, saya cintakan nilai keadilan, saya cintakan seluruh manusia dan juga makhluk tuhan.

Advertisement

Sebab itu, saya akan cepat terkesan bilamana terdapat perkara yang tidak patut berlaku di depan mata saya.

Sebenarnya pagi tadi terdapat 1 jenazah bayi yang baru lahir telah meninggal dunia. Puas bapanya mencari tanah dan imam untuk kubur dan uruskan jenazah anaknya.

Namun oleh kerana mereka tidak memiliki dokumen dan sumber kewangan yang mencukupi.

Bayi tersebut dinafikan untuk ditanam di tanah perkuburan dalam kawasan kampung yang mereka duduki sekarang.

Si bapa memangku jenazah anaknya sementara menunggu untuk dikebumikan.

Bahkan untuk urus jenazah bayi tersebut pun tidak dapat dibuat dikampung yang mereka duduki sekarang.

Saya tidak akan sebut nama kampung tersebut! Hati saya sangat hancur dan remuk ketika itu.

Advertisement

Tapi kita fikirlah sendiri, mereka itu beragama Islam, saudara seislam kita.

Berapa sangatlah ruangan tanah yang akan di gunakan untuk jenazah bayi yang baru lahir sehingga kita tergamak tidak mengurus jenazah bayi tersebut.

Ingatlah saudaraku. Allah tidak tanya, apa negaramu nanti, dan apa negaranya nanti.

Tapi Allah akan tanya kita, apakah kita sudah jalankan tanggungjawab kita sebagai muslim.

Istifarlah, bermuhasabahlah!

Advertisement

Bolehkah kita ketepikan soal kewarganegaraan simati dalam bab kematian.

Sebab si mati tidak boleh pun berbuat apa-apa dan tubuh badannya akan terus mereput dan membusuk jika kita tidak ingin menguruskannya!

Jenazah akhirnya dapat dikebumikan di tanah perkuburan di (TPI) Sim-sim, Sandakan.

Namun Alhamdulillah, akhirnya bayi tersebut dapat di tanam juga di (TPI) Sim-sim, Sandakan.

Terima kasih kepada penjaga (TPI) kerana mengizinkan jenazah bayi ini di tanam di sana.

Ini bukti dalam hati kamu masih ada nilai kemanusiaan.

Saya pulangkan pada rakan-rakan untuk menilainya. Izinkan saya berbeza pendapat.

Advertisement
Masih ada nilai kemanusiaan, terima kasih kepada semua yang membantu!

Netizen di media sosial rata-ratanya mengkritik perbuatan penduduk kampung tersebut.

Malah ada yang menyarankan untuk Abam Botak mengadu perkara tersebut kepada pihak berkuasa supaya ada tindakkan tegas diambil.

‘Tanah di dunia bukan harta siapa-siapa”

‘Semoga Allah merahmatimu’

‘Mudahkanlah urusan orang lain’

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel