Categories: Terkini

[VIDEO] ‘Semua bukti dah ada, tunggu polis ambil tindakan’ – Hampir terjelir lidah selepas bengang pemandu lori halang guna lorong kecemasan

Baru-baru ini tular di media sosial video dua lelaki keluar dari kereta kerana bengang apabila seorang pemandu kenderaan berat yang telah menghalang mereka dari menggunakan lorong kecemasan. 

Loading…

Walaupun sudah dimaklumkan berkali-kali kepada pengguna-pengguna jalan raya bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan sesuka hati namun nampaknya masih ada pengguna yang ingkar sehingga membahayakan orang lain.

Menerusi video berdurasi 3 minit 37 saat yang tular baru-baru ini jelas kelihatan sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih menyalahgunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri.

Namun apabila kereta rakannya, Proton Satria cuba menggunakan lorong itu, dihalang oleh pemandu lori menyebabkan pemandu Toyota Vios itu sanggup memperlahankan kenderaannya semata-mata untuk menunggu rakannya di belakang.

Advertisement

Namun selepas keadan jalan kembali lancar, kedua-dua buah kenderaan itu telah berhenti di depan lori itu secara tiba-tiba dan dilihat memarahi pemandu lori atas tindakkannya sebelum ini.

Jelas kelihatan melalui rakaman video dua lelaki keluar dan mula memarahi pemandu lori.

Salah seorang dilihat mengeluarkan alat pengunci stereng dan mula mengancam untuk mencederakan pemandu lori terbabit.

Bagaimanapun, kekecohan itu dileraikan oleh penunggang motosikal yang menasihati mereka untuk beredar dari terus menghalang perjalanan pengguna jalan raya lain. 

Netizen dimedia sosial menyelar tindakan dua pemandu kereta itu yang jelas sekali melakukan kesalahan menyalahguna lorong kecemasan dan berlagak samseng di jalan raya. 

Rata-rata mereka mahu tindakkan diambil terhadap dua pemandu yang berlagak samseng tersebut yang jelas melanggar peraturan jalan raya.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 hour ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

21 hours ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago