Connect with us

Terkini

Dr M: ‘Saya tidak berdendam dengan mereka (PAS)’ – K’jaan PH terbuka jalin kerjasama

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa terbuka bagi membentuk sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak .

Ini termasuk kerjasama dengan Pas jika ia memberi manfaat kepada negara.

Loading…

Tun Mahathir berkata, pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum adalah perkara biasa.

Katanya, pertemuan bersama pemimpin Pas terbabit adalah untuk membincangkan mengenai kebimbangan mereka terhadap beberapa dasar yang dibuat kerajaan.

Advertisement

“Saya memerlukan sokongan semua pihak termasuk mereka yang pernah menjadi musuh saya,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan ke Projek Demonstrasi 5G di 5G Command Centre Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi hari ini.

“Saya tidak berdendam dengan mereka, jika mereka boleh buat sesuatu yang bagus dan saya akan bekerjasama dengan mereka.

Tun Mahathir berkata, beliau pernah bekerja bersama Najib, namun sekarang beliau bekerja bersama Lim Kit Siang.

“Saya tidak berdendam dengan mereka, jika mereka boleh buat sesuatu yang bagus dan saya akan bekerjasama dengan mereka.

“Mereka (Pas) berjumpa dengan saya kerana mereka risau tentang beberapa perkara, saya cakap kepada mereka, jika kami (PH) buat perkara salah, jangan sokong kami di parlimen, jika kami buat perkara betul dan baik untuk rakyat dan negara, sokonglah kami walaupun anda berada di pihak pembangkang,” katanya lagi seperti dipetik Sinar Harian.

Jelas Tun Mahathir, hubungan baik dengan Pas pasti akan memberi kelebihan kepada kerajaan dalam melaksanakan dasar seperti yang dirancang.

Advertisement

Sebelum ini terdapat laporan akhbar yang memaparkan gambar pertemuan Perdana Menteri dan Presiden Pas yang didakwa akan mewujudkan satu kerjasama politik.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel