Connect with us

Pilihan Editor

Papagomo dakwa ‘diserang’ di KKIA, buat laporan polis

Exco Pemuda UMNO Muhammad Azri Wan Deris membuat laporan polis selepas insiden ‘diserang’ sekumpulan lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Muhammad Azri atau dikenali sebagai Papagomo dalam kenyataan di laman media sosial Facebooknya mendakwa beliau dipukul oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong Warisan.

Loading…

“Harap pihak polis siasat dan ambil tindakan ke atas mereka sekumpulan penyokong Shafie Apdal (Ketua Menteri Sabah) yang memukul saya dan harap pihak polis tidak mengabaikan laporan yang saya buat ini walau siapa pun mereka itu yang bertindak ganas menyerang saya.

“Semoga rakyat buka mata siapa samseng budaya baru Malaysia baru! Tiada lagi jaminan keselamatan di airport,” katanya pada Isnin.

Advertisement

Muhammad Azri juga berharap agar semua pihak tidak menyalahkan orang Sabah.

“Isteri saya orang Sabah, telefon saya menangis minta maaf kerana saya dipukul tapi saya cakap bukan salah orang Sabah dan tak perlu minta maaf.

“Mereka yang pukul saya di lapangan terbang tadi penyokong Shafie Apdal, mereka bukan anak-anak Sabah kerana anak Sabah tidak buat begitu.

“Mereka masuk dalam lapangan terbang beramai-ramai dan serang saya. Bukan di luar tetapi dalam lapangan terbang.

“Budaya ini bukan budaya orang Sabah. Ada kekebalan agaknya untuk mereka masuk ke dalam airport dan serang saya,” dakwa beliau.

Advertisement

Video: Papagomo Kena Serang Di Airport KK!

Baca: Papagomo dikepung 20 lelaki di KKIA selepas koyak gambar Shafie Apdal

Sebuah laporan portal berita memaklumkan ketika kejadian Muhammad Azri mahu pulang ke Kuala Lumpur, beliau telah ‘dikepung’ dan menerima provokasi daripada kumpulan lelaki terbabit.

Difahamkan, ia gara-gara beliau mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal ketika berkempen pada PRK Parlimen Kimanis. – Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel