SPRM dakwa Shahrir Samad, Ahmad Maslan esok bawah akta AMLATFPUAA

 104 total views,  1 views today

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini dilaporkan menahan anggota parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad.

SPRM akan mendakwa kedua-dua pemimpin Umno di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.


Loading…

Shahrir dan Ahmad masing-masing bakal menghadapi satu dan dua pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM telah menahan Shahrir pada pukul 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada pukul 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“SPRM menahan Shahrir pada 11.22 pagi manakala Ahmad pula ditahan pada 10.10 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Kedua-dua mereka kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM,” kata SPRM dalam satu kenyataan. – Malaysian Update