Saya belanja berjuta-juta tapi tak tahu ia wang SRC – Najib

Najib Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa beliau telah berbelanja berpuluh juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015.

Bekas perdana menteri berusia 67 tahun itu berkata, beliau membelanjakan setiap sen dalam akaunnya itu kerana berpendapat ia dana untuk Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dimilikinya.

Loading…

Bagaimanapun, Najib mengekalkan pendiriannya bahawa beliau tidak tahu wang itu adalah dana SRC International Sdn Bhd.

Ketika disoal-balas oleh Pendakwa Raya ad-hoc V Sithambaram, ahli parlimen Pekan itu bersetuju bahawa beliau telah membelanjakan RM27 juta yang dikreditkan ke dalam akaun pada Julai dan RM5 juta pada Sepember 2014.

Advertisement

Sithambaram: RM27 juta masuk dalam akaun anda pada Julai, anda berkata anda tidak tahu?

Najib: Ya, Saya tidak tahu yang ia adalah wang SRC, Saya hanya mengetahuinya agak kemudian.

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram: Adakah anda tahu RM5 juta masuk ke dalam akaun anda pada September?

Advertisement

Najib: Saya tidak tahu, masa itu

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakan setiap sen daripadanya?

Najib: Ya

Sithambaram: Pada Disember, RM27 juta dimasukkan dalam akaun anda. Adakah anda tahu?

Najib: Pada ketika itu, saya tidak tahu.

Advertisement

Sithambaram: Tetapi anda membelanjakannya?

Najib: Ya, saya membelanjakannya… ia adalah dana CSR yang saya ada

Kepada soalan lain, Najib berkata beliau tidak berasa terperanjat bila Nik Faisal Ariff Kamil, bekas ketua pegawai eksekutif SRC tidak memberitahu beliau bahawa RM32 juta itu dipindahkan ke dalam akaunnya, memandangkan Nik Faisal yang menguruskan akaunnya.

Sithambaram: Jadi pemegang mandat itu boleh saja tidak memaklumkan kepada anda mengenai jumlah dana yang besar itu masuk dan keluar daripada akaun anda, dan anda tidak berpendapat ia sesuatu yang terperanjat, benar begitu?

Najib: Ya

Advertisement

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahguna RM42 juta dana SRC International, merangkumi tiga pertuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahguna kedudukan terhadap dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung.

– Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

15 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

16 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago