Categories: Terkini

Koronavirus: Angka korban meningkat, 80 disahkan maut di China

WUHAN – Angka korban akibat wabak koronavirus di China meningkat kepada 80 mangsa setakat awal pagi Isnin.

Menurut laporan South China Morning Post, pihak berkuasa kesihatan China berkata kes jangkitan koronavirus pula meningkat kepada 2,400.

Loading…

Bandar Beijing melaporkan terdapat lima lagi kes jangkitan termasuk seorang bayi berusia sembilan bulan, manakala di Guangxi seorang kanak-kanak berusia dua tahun juga terima nasib sama.

Menurut Datuk Bandar Wuhan, Zhou Xianwang, setakat ini seramai lima juta penduduk meninggalkan bandar itu pada Ahad manakala sembilan juta lagi masih berada di bandar itu.

Advertisement

Pegawai kesihatan pula memberi amaran virus berkenaan mempunyai kemampuan untuk tersebar dengan lebih cepat dan kuat.

Setakat ini seramai 2,700 kes disyaki koronavirus di bandar Wuhan.

Menteri yang bertanggunjawab bagi Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China, Ma Xiaowei berkata, memerangi wabak tersebut adalah rumit kerana ia boleh tular walaupun semasa tempoh inkubasi.

Ma turut menyatakan seramai 2,360 doktor dan jururawat ketenteraan dihantar ke Wuhan untuk membantu merawat pesakit.

Keadaan bertambah kritikal apabila bekalan tidak mencukupi membuatkan pengamal perubatan yang merawat pesakit Koronavirus terpaksa mengitar semula topeng muka yang dipakai.

Malah, sebanyak 2,400 katil telah ditambah di hospital dan kerajaan merancang untuk menambah lebih 5,000 lagi katil dalam tempoh tiga hari akan datang.

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

5 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago