Categories: Terkini

4 lagi ditahan kerana sebar kandungan palsu kes koronavirus

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lagi individu yang disyaki menyebarkan kandungan berita palsu mengenai penularan wabak koronavirus.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, keempat-empat serbuan itu telah dijalankan secara berasingan oleh PDRM dan SKMM iaitu dua di Melaka, satu di Kedah dan Pahang.

Loading…

“Dalam operasi yang dijalankan di antara jam 11 pagi hingga 5 petang hari ini, PDRM dan MCMC telah menahan suspek-suspek

terlibat untuk merakam keterangan mereka.

Advertisement

“Di Alor Setar, seorang tutor sambilan berumur 49 tahun telah ditahan pada jam 12 tengah hari kerana disyaki telah memuat naik kandungan palsu di Facebook pada 25 Januari,” katanya dalam kenyataan itu.

Dalam pada itu, dua pembantu farmasi yang berumur 25 dan 30 tahun, masing-masing ditahan di Peringgit dan Merlimau, Melaka sekitar jam 4 petang bagi membantu siasatan berhubung kandungan palsu yang dimuat naik di Facebook pada 26 Januari.

“Seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam yang berumur 24 tahun pula ditahan pada jam 4.15 petang di Kuantan, Pahang kerana disyaki telah berkongsi kandungan palsu di laman Twitter pada 27 Januari,” ujarnya.

Sehubungan itu, sebanyak empat unit telefon pintar, lima kad sim dan dua kad memori yang dipercayai digunakan untuk memuat naik kandungan palsu berkaitan wabak tersebut di media sosial turut dirampas daripada keempat-empat suspek dalam serbuan itu.

Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Advertisement

SKMM bersama-sama PDRM akan terus mempergiatkan lagi usaha penguatkuasaan dalam mengawal penyebaran berita palsu demi memelihara keamanan dan ketenteraman awam. – Sinar Harian

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Dua Anggota Polis Maut: Suspek Kes Serang Balai Polis Ulu Tiram Dipercayai Ahli Jemaah Islamiyah – KPN

JOHOR BAHRU, 17 Mei (Bernama) -- Suspek lelaki yang ditembak mati dalam kejadian serangan di… Read More

2 days ago

UiTM: Tiada Perbincangan Dibuka Kepada Bukan Bumiputera – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi dan kerajaan tidak pernah membincangkan atau membenarkan Universiti Teknologi MARA (UiTM) dibuka… Read More

3 days ago

Kes Langgar: Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Bunuh Pelajar

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi… Read More

5 days ago

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan, Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

KEPALA BATAS -- Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam… Read More

1 week ago

Kejam! Suami Bunuh Isteri Yang Didakwanya Malas Masak

Seorang lelaki di Riau, Indonesia tergamak membunuh isterinya sendiri kerana didakwanha malas memasak. Difahamkan juga… Read More

1 week ago

Kes Faisal Halim: Polis Peroleh Cap Jari Suspek, Tunggu Hasil Analisis Cap Jari

Menurut laporan Sinar Harian, beberapa kesan cap jari yang diperoleh di lokasi kejadian simbah asid… Read More

1 week ago