Dua didakwa serang polis, cederakan pemandu bas

Dua lelaki didakwa atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini termasuk kerana mendatangkan kecederaan kepada pemandu bas dan menyerang anggota polis, Jumaat lalu.

Mekanik, Lim Kia Pin, 39, dan penjual aksesori kereta, Lai Kok Kong, 32, mengaku tidak bersalah atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Loading…

Bagi pertuduhan pertama, Kia Pin dan Kok Kong dituduh secara bersama-sama berkelakuan tidak senonoh dengan bertindak agresif dan membuat bising ketika berada di Balai Polis Gelang Patah kira-kira jam 4.35 petang, 24 Januari lalu, lapor Berita Harian.

Mereka juga dituduh secara bersama-sama menyerang seorang penjawat awam yang juga anggota polis ketika menahan mereka di lokap balai polis yang sama pada jam 5.51 petang, tarikh sama.

Advertisement

Kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara maksimum enam bulan, jika disabit kesalahan serta Seksyen 353 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mereka turut didakwa secara bersama-sama melakukan khianat dengan merosakkan barang dalam sebuah bas persiaran iaitu kamera perakam perjalanan dan cermin bas yang dipandu Nor Hafiz Nor Azmin, 32, di Kilometer 29 Jalan Johor Bahru-Gelang Patah, kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.

Bagi pertuduhan itu, kedua-duanya didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kok Kong turut dituduh mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan senjata iaitu mesin gerudi tangan, botol air minuman dan tin penyembur serangga di dalam bas berkenaan kira-kira jam 1.45 tengah hari, 24 Januari lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda, sebatan atau mana-mana dua daripadanya.

Advertisement

Kia Pin turut berdepan tuduhan mendatangkan kecederaan kepada Nur Hafiz dengan menggunakan anggota badannya di lokasi, masa dan tarikh sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhayati Muhammad Fathullah manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Ahmad Yusri Ahmad Fuad.

Majistret memerintahkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM9,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Mereka juga diperintahkan dengan syarat tambahan supaya tidak mengganggu mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.

Advertisement

Majistret menetapkan sebutan kes pada 13 Februari depan bagi serahan dokumen.

Video kedua-dua tertuduh menyerang seorang pemandu bas pelancong di Gelang Patah, dekat sini, viral menerusi media sosial sejak Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, seorang daripada suspek dilaporkan dirakam memukul, menumbuk dan menendang pemandu bas berulang kali.

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

13 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

17 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

22 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago