Connect with us

Terkini

‘Boleh saya beri nasihat’? – Iklan Nando’s tiru ungkapan Rosmah?

Kata-kata bekas isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menjadi bualan media sosial sejak beberapa hari lalu, malah dijadikan bahan jenaka oleh warga maya.

Loading…

Restoran francais ayam Nando’s nampaknya tidak ketinggalan menggunakannya, sebagai strategi terbaru mempromosikan menunya.

“Boleh saya beri nasihat?! Gandakan menu Chili anda di Nando’s dari 9 hingga 19 Januari,” iklan itu dipetik di laman Facebook.

Hantaran yang dimuat naik semalam mendapat kira-kira 1,300 tanda ‘suka’.

Advertisement

“Terima kasih atas nasihat anda,” catat Nurul Azlina Aman.

“Nakal ya Nando’s,” catat Auq Enelrehs.

“Sayang (darling), kamu pakar ayam, kamu mesti ambil alih,” perlu Jason Leng Kek Mun.

Rabu lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan rakaman perbualan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Rosmah, berbincang tentang penyelesaian skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rosmah dalam perbualan itu ada ketika menggunakan nada tinggi terhadap Najib: “Can I advise you something?”

Advertisement

Rakaman audio itu turut mengaitkan beberapa nama bekas pemimpin dan pegawai tertinggi kerajaan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel