Connect with us

Pilihan Editor

Ceo Fairfax buat pendedahan ‘mengejutkan’ dakwa Abu Kassim cuba serah siasatan 1MDB ke AS pada 2015

Dalam wawancara yang disiarkan di Al-Jazeera, Ketua Pegawai Eksekutif Fairfax Group, Michael Hershman membuat pendedahan menggemparkan bahawa pada 2015, ketua pesuruhjaya SPRM ketika itu, Abu Kassim Mohamed meminta beliau untuk mengadakan pertemuan dengan Pejabat Peguam Negara AS di New York supaya beliau dapat menyampaikan kepada mereka kertas siasatan 1MDB.

Menurut Hershman, yang mengetuai syarikat kewangan pengurusan risiko korporat, Abu Kassim diletakkan di bawah pengawasan dan ditekan supaya meletak jawatan.

Loading…

“Pada tahun 2015, ketua pesuruhjaya SPRM Abu Kassim sedang menyiasat perdana menteri kerana pengubahan wang haram dan salah laku. 

“Pada masa itu, Abu Kassim memberitahu peguam negara (Abdul Gani Patail) bahawa perdana menteri (Najib Razak) merupakan sasaran penyiasatan mereka.

Advertisement

“Apabila AG berhadapan dengan PM, beliau dipaksa berhenti daripada jawatannya dan digantikan oleh kawan Najib,” kata Hershman.

Hershman berkata Abu Kassim sudah dikenalinya selama bertahun-tahun sdan pernah berkhidmat bersama di sebuah suruhanjaya anti-rasuah Interpol.

“Pada masa yang sama Abu Kassim diletakkan di bawah pengawasan dan ditekan untuk meletak jawatan.

“Pada ketika itulah, Abu, yang saya kenal selama bertahun-tahun – beliau dan saya pernah berkhidmat bersama di sebuah suruhanjaya anti-rasuah Interpol – beliau bertanya jika saya boleh menyerahkan dokumen ke pejabat peguam AS di New York dan mengatur pertemuan sulit dengan pihak mereka supaya beliau dapat memastikan bahawa entiti di luar Malaysia akan meneruskan siasatan tersebut.”

“Saya ada menyediakan maklumat itu, saya juga telah mengatur mesyuarat tersebut. Malangnya sebagai akibat, beliau dituduh khinat (SIC),” kata Hershman kepada Al-Jazeera yang melaporkan mengenai rakaman sensasi baru-baru ini yang didedahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM semasa Latheefa Koya.

Advertisement

Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel