Connect with us

Terkini

“Dasar pendidikan sedia ada akan dikaji semula” – Tun Mahathir

Sebelum ini selepas mendapat banyak kritikan, Dr Maszlee Malik akhirnya memutuskan untuk ‘memulangkan’ kembali jawatan Menteri Pendidikan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tun Mahathir dilaporkan akan memangku jawatan Menteri Pendidikan untuk tempoh sementara waktu sehingga pengganti jawatan berkenaan dikenal pasti.

Loading…

Sebagai Menteri Pendidikan yang baru, Tun Mahathir dikatakan mahu mengkaji semula dasar-dasar pendidikan berkenaan.

Memetik sumber BH Online, Tun Mahathir memaklumkan beliau sudah mempunyai perancangan dan menambah baik sistem pendidikan negara.

Advertisement

“Sekarang ini saya sudah ada beberapa idea mengenai apa yang perlu dilakukan untuk baiki sistem pendidikan.

Bagaimanapun beliau menambah, kerajaan memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap penambahbaikan yang dilakukan.

“Kita dapati banyak perkara perlu kita kaji semula sama ada ianya baik atau tidak. Kita dapati orang ramai biasanya buat teguran. Kita ambil kira teguran mereka sama ada kita perlu buat perubahan atau pun tidak,” kata Tun Mahathir.

Dalam nada tegas Tun Mahathir menzahirkan tujuan pendidikan adalah untuk membentuk masyarakat yang mampu berdikari dan tidak hanya bergantung pada bantuan kerajaan semata-mata.

 “Tujuan kita ialah untuk mendidik anak-anak supaya apabila mereka membesar, dapat hidup sempurna, boleh cari kerja, cari makan dan boleh menjadi orang yang produktif dan bukan menjadi orang yang hanya menanti dapat bantuan,” katanya lagi.

Sebelum ini Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memohon agar Tun Mahathir menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam pendidikan negara misalnya masalah TVET dan penutupan IPG.

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel