Connect with us

Pilihan Editor

Dr Mahathir Menteri Pendidikan baru, Persatuan Guru harap ada sinar perlaksanaan Jawi disekolah!

Sebelum ini hangat diperkatakan sebelum ini tentang isu perlaksanaan Jawi disekolah vernakular yang ditentang hebat oleh NGO sekolah-sekolah cina sehingga sebuah kongres diadakan bagi menentang perlaksaksanaannya.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan kemuncak perkara ini telah menyebabkan Dr Maszlee Malik diminta oleh Tun Mahathir untuk berundur dari jawatan Menteri Pendidikan melalui sepucuk surat dengan 17 perenggan yang ditulis sendiri  oleh Tun Mahathir.

Loading…

Semalam kabinet telah bersetuju untuk melantik Perdana Menteri sendiri sebagai pemangku Menteri Pendidikan sehingga Menteri Pendidikan baharu dilantik bagi menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan.

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) menyambut baik pelantikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemangku Menteri Pendidikan.

Advertisement

Presidennya, Jasni Md Kechik berkata, Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan diyakini dapat menangani corak pendidikan negara ke arah yang lebih baik.

“Dengan pelantikan ini, KGMMB berharap Tun (Dr Mahathir) dapat meneruskan rancangan-rancangan Kementerian Pendidikan yang terdahulu dan boleh menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau berpendirian tegas dan tidak tunduk kepada tekanan pihak pihak tertentu dan melaksanakan dasar-dasar terdahulu dan akan dilaksanakan termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Tulisan Jawi

Menurut Pengerusi Biro Pembangunan Modal Insan Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia (Muafakat), Datuk Ahmad Shamsuddin Ramli berkata, sebelum ini Tun Mahathir pernah mencadangkan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan dimana seklah satu aliran, sekolah diwujudkan ketika dibawah pentadbiran beliau ketika menjawat jawatan Perdana Menteri Ke 4.

Jadi perlantikan Tun Mahathir bertepatan dengan  saranan kerajaan untuk menuju Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Idea Sekolah Wawasan ini cukup bernas namun tidak dapat diimplementasikan pada waktu itu di negara kita yang berbilang kaum ini dan situasi pendidikan negara kini Sekolah Wawasan perlu diteruskan.

Advertisement

“Jadi pelantikan Dr Mahathir sebagai pemangku Menteri Pendidikan adalah tepat dalam menyahut saranan kerajaan menuju Wawasan Kemakmuran 2030,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel