Connect with us

Berita Lain

Faktor keselamatan jadi alasan kerajaan Kelantan beli Mercedes-Benz

Polemik pembelian kereta Mercedes Benz bagi kegunaan kerajaan Kelantan nampaknya belum berakhir.

Dalam satu kenyataan terbaru, pemilihan kenderaan mewah tersebut adalah dibuat berdasarkan faktor keselamatan.

Loading…

Itu adalah alasan yang diberikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan kereta jenis Mercedes-Benz sebagai kenderaan rasmi.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata kenderaan jenis Mercedes-Benz telah lama digunakan termasuk semasa pentadbiran bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Advertisement

“Dia sebenarnya, penggunaan Mercedes-Benz ini adalah zaman Tok Guru (Nik Aziz) lagi. Saya masa itu exco, memang pakai Mercedes-Benz E230. Jadi kita hanya tukar Mercedes lama ke baru.

“Kemudian, Menteri Besar (MB), Timbalan Menteri Besar dan Exco tidak menggunakan model yang sama. Bukan semua S Class seperti MB. MB sahaja yang berlainan, exco semua E220 dan harga untuk kerajaan ada diskaun.

“Faktornya, seperti saya katakan, iaitu faktor keselamatan itu paling besar. Tak sepatutnya ia jadi isu. Tapi sudah menjadi isu, kita nak kata macam mana,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan kesesuaian penggunaan Mercedes oleh Kerajaan Negeri sedangkan perbelanjaan kerajaan mengalami defisit.

Video: Nik Amar Pernah Tak Setuju Apabila Nik Aziz Nak Tukar Mercedes Kepada Jenama Kereta Lebih Murah?

Terdahulu, pejabat Menteri Besar Kelantan menafikan dakwaan pembelian kenderaan rasmi Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan peruntukan khas RM400 juta.

Advertisement

Baca: ‘Takkan nak pakai Viva belaka (semua) menteri?’ – Timbalan MB kelantan pertahan kerajaan negeri beli 14 buah Mercedes Benz

Sumber: ASTRO AWANI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel