Connect with us

Terkini

Gara-gara terdesak Koronavirus tersebar, lelaki ini sanggup guna tuala wanita ganti topeng muka

Tular foto seorang lelaki yang sanggup menggunakan tuala wanita sebagai topeng muka bagi tujuan melindungi dirinya.

Selepas tersebarnya virus Korona yang telah meragut puluhan nyawa di China, rakyat negara itu kini berdepan dengan jangkitan wabak tersebut.

Loading…

Akibat terlalu terdesak tindakan lelaki itu yang berjaya dirakam itu telah tular di media sosial.

Tindakan lelaki itu dipercayai dilakukan susulan topeng muka yang dijual di wilayah itu sudah habis terjual akibat penularan wabak tersebut.

Advertisement

Daily Star yang memetik sumber, seorang individu dalam video tersebut menjelaskan mengapa penduduk di sini mula menutup hidung dan mulut mereka menggunakan tuala wanita.

“Keadaan di Wuhan sekarang ini sangat sulit yang menyebabkan penduduk di sini terdesak untuk melakukan apa sahaja.

“Kami buat kerana kami tidak mahu kami jatuh sakit akibat koronavirus yang semakin menular di sini. Kami amat takut kami menjadi mangsa kepada virus tersebut,” katanya lagi

Terdahulu, Wuhan diletakkan dalam kuarantin termasuk penerbangan dan perkhidmatan kereta api keluar dari bandar itu ditangguhkan.

Pengangkutan bawah tanah dihentikan dan acara awam yang besar dibatalkan manakala doktor mengenakan pakaian pelindung penuh ketika merawat pesakit dijangkiti virus berkenaan.

Advertisement

Video: Pesakit Demam Menggelupur Teruk Disebabkan Koronavirus Di Hopital Wuhan – Doktor Pun Tumbang

Wabak itu bukan saja sudah merebak ke kawasan luar Wuhan di China tetapi juga negara lain dengan mencatatkan lebih 80 kematian dan lebih 3000 positif Koronavirus setakat ini.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel