Connect with us

Terkini

Hasrat ke Tanah Suci tercapai, sekumpulan Muallaf mengalir air mata lihat kaabah depan mata

Menjadi impian setiap umat Islam di seluruh dunia untuk menjejakan kaki ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah atau haji.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh Masood Asghar beliau berkongsi mengenai sekumpulan ‘saudara baru’ yang buat pertama kalinya menjejakan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah.

Loading…

Jelas terpancar di wajah mereka penuh kesyukuran kerana menjadi antara insan bertuah yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi tetamuNya di sana.

Tak kurang juga reaksi netizen yang rata-rata turut berkongsi perasaan mereka yang teruja dan juga sebak sejurus melihat foto-foto ‘saudara baru’ ini.

Melihat ‘saudara baru’ ini mengalirkan air mata di hadapan kaabah untuk pertemuan kali pertama mereka cukup untuk mengundang perasaan sebak netizen malah terdapat salah seorang jemaah yang bersama-sama hadir dengan insan ini yang menciap peristiwa ini di Twitternya.

“Saya rasa sangat diberkati berada dalam kumpulan yang sama. Semoga Allah SWT memberkati kita semua.”

Advertisement

Wanita tersebut turut menjelaskan bahawa mereka merupakan insan terpilih dalam program yang bernama “World Umrah” yang datang daripada pelbagai negara termasuklah United Kingdom, Jerman, Perancis, Finland, Rusia dan beberapa negara lain.

Menjelaskan dengan lebih lanjut wanita tersebut berkata syarat minimum untuk menyertai program tersebut adalah setiap individu telah memeluk Islam sekurang-kurangnya 2 tahun dan juga belum pernah menunaikan Umrah dan Haji sebelum ini.

Wanita itu berkata dirinya telah memeluk Islam sejak tahun 1998 dan tidak pernah menjejak kaki ke Mekah dan ini adalah pengalamannya yang pertama.

Dia turut mendoakan agar Allah menerima amalan kita semua.

Turut teruja seorang hamba Allah ini yang ingin turut sama perasaan seperti saudara-saudara baru ini. Sama-sama kita doakan semoga hasratnya tercapai. Amin!

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel