Connect with us

Pilihan Editor

‘I have nothing to say’ – Rosmah Mansor

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilihat tidak menjawab soalan berkenaan pendedahan audio melibatkan dirinya oleh SPRM.

Perbualan telefon antara Rosmah dengan suaminya yang juga bekas perdana menteri Najib Razak, dikatakan berlaku pada 2016.

Loading…

Rosmah yang ditanya sama ada perbualan itu memang berlaku, dia menjawab:

“Saya tidak tahu (I don’t know).”

Advertisement

Ketika ditanya soalan sama ada dia akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mendedahkan rakaman itu, Rosmah menjawab:

“Saya tak ada apa untuk dikatakan (I have nothing to say).” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Terdahulu SPRM mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa merupakan konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Baca: “Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

Menurut SPRM rakaman itu diterima daripada sumber tidak dikenali pada awal bulan ini dan mengesahkan rakaman tersebut adalah tulen selepas ujian forensik menunjukkan tiada ubah suai terhadap rakaman itu.

Advertisement

Baca: ‘Dimarahi? Tak ada dimarahi, ia perbualan biasa’ – Najib

Antara yang dikenal pasti terlibat dalam perbualan telefon itu adalah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Zulkifli Ahmad, Datin Seri Rosmah Mansor dan Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan serta beberapa individu berkepentingan dalam dan luar negara. – Malaysian Update

“Jangan ajar aku, aku taulah!”

Perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan Najib Razak

“Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

Advertisement

Perbualan didakwa antara Dzulkifli dan Abdul Azeez

Naji Nafi Kena Marah Dengan Rosmah, Shafee Pertimbang Ambil Tindakan Hina Mahkamah Terhadap SPRM, Latheefa

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel