Connect with us

Pilihan Editor

JPA arahkan guna Bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi Agensi, Jabatan dan Kementerian

Akhirnya arahan untuk memperkasakan Bahasa Kebangsaan telah dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan meminta semua agensi, jabatan dan kementerian untuk menggunakan bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan.

Loading…

Bahasa Kebangsaan ini perlu digunakan sepenuhnya dalam segala urusan rasmi Kerajaan.

Perkara ini disahkan oleh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang mengharapkan usaha ini mampu untuk memperkasakan lagi bahasa kebangsaan itu dan terus terpelihara.

“Agensi Kerajaan bersama-sama pegawai hendaklah memastikan penggunaan bahasa kebangsaan dalam sektor perkhidmatan awam dilaksanakan secara menyeluruh dan digunakan dengan betul dalam semua urusan rasmi sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

Advertisement

“Semua urusan berkaitan penganjuran majlis rasmi termasuk surat, emel dan notis jemputan, pengacaraan, bacaan doa, ucapan alu-aluan, ucapan perasmian dan ucapan penutupan, pembentangan serta dokumen edaran Agensi Kerajaan yang melibatkan peserta dalam kalangan warganegara Malaysia hendaklah disediakan dalam bahasa kebangsaan.” – Jelasnya lagi.

Audit bahasa

Sementara itu, ketua jabatan juga dikehendaki memberikan latihan bersesuaian secara berterusan bagi memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pegawai kerajaan.

Pelaksanaan itu bakal melibatkan Munsyi Muda Bahasa lantikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta pengauditan ke atas penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan pegawai bakal diaudit secara tahunan oleh DBP. – Malaysian Update

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel