Connect with us

Terkini

Kadar tol Plus diturunkan 18 peratus tahun ini – PM

Kadar tol Lebuhraya Plus Malaysia Bhd (PLUS) akan diturunkan 18 peratus tahun ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika mengumumkannya berkata penurunan itu akan membabitkan semua lebuh raya kendalian PLUS dengan hasrat membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Loading…

Dr Mahathir berkata kadar pengurangan tol itu sangat rendah walaupun wujud lonjakan mendadak terhadap jumlah aliran trafik dan bilangan kenderaan di jalan raya saban tahun yang dikenal pasti menjadi penyumbang kepada penjanaan pendapatan PLUS.

“Memang betul trafik akan meningkat, tetapi nilai ringgit dan kuasa beli akan menurun, jadi apa yang mereka (PLUS) peroleh tidak sebanyak seperti jika nak dibandingkan dengan perjanjian asal konsensi,” katanya kepada media selepas merasmikan Kompleks Balai Islam An-Nur, Tenaga Nasional Berhad (TNB), di sini, hari ini.

Advertisement

Beliau berkata rakyat bakal meraih manfaat daripada keputusan mengurangkan kadar tol itu. – BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel