Connect with us

Berita Lain

Kami hanya pertahankan perlembagaan pertubuhan kami – Dong Zong

Berikutan Dong Zong menolak perlaksanaan pembelajaran jawi dan khat, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik telah melabel Dong Zong sebagai sebuah pertubuhan yang bersifat anti nasional dan patut diharamkan.

Antara NGO yang menuntut pertubuhan berkenaan diharamkan ialah Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) dan PAS.

Loading…

Walaubagaimanapun setiausaha pertubuhan tersebut menegaskan bahawa Dong Zong mempertahankan keputusan menolak perlaksanaan pembelajaran Jawi dan Khat atas alasan untuk mempertahankan perlembagaan pertubuhan berkenaan.

“Masing-masing ada hak untuk menyuarakan pandangan tetapi keputusan kami (Dong Zong) adalah berdasarkan keperluan mempertahankan perlembagaan pertubuhan dan hak pendidikan kaum Cina.

Advertisement

“Kami menolak cadangan itu kerana kami bukan membantah pelaksanaan pengenalan tulisan jawi di sekolah.

“Kami tidak berpuas hati dengan kaedah pelaksanaan pengenalan tulisan itu yang tidak diimplementasi secara sukarela terhadap pelajar dan pengurusan sekolah vernakular,” kata Setiausaha Agungnya, Tan Cheng Suan seperti dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini Dong Zong telah mengadakan kongres untuk membantah perlaksanaan pembelajaran jawi dan khat di sekolah vernakular.

Kongres berkenaan telah mendapat komen dari Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri kerana dikhuatiri akan menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel