Connect with us

Kemalangan

‘Kau Pergi Jua…’ – Setelah bertarung nyawa, Jururawat akhirnya meninggal akibat rempuhan pemandu mabuk

Pada 17 Januari 2020 dilaporkan sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang ke rumah dengan menunggang motosikal telah terbabit dalam kemalangan di Ketapang, Melaka. 

Menurut sumber, Faizal dan isterinya, Siti Mastura Ahad yang merupakan jururawat di hospital kerajaan telah  dirempuh oleh pemandu kereta Toyota Camry dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol, sehingga menyebabkan mangsa terperosok di bawah lori.

Loading…

Pemandu Camry bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penunggang motosikal patah kaki dan isterinya cedera di bahagian dalaman. 

Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan difahamkan keadaan Siti Mastura Ahad, agak kritikal.

Bagaimanapun dua hari selepas kejadian itu, Siti Mastura menghembuskan nafas terakhirnya.

Advertisement

Dalam masa yang sama, suaminya yang baru sedar terpaksa menerima perkhabaran yang amat menyedihkan itu. 

Berita itu mengundang rasa simpati netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu terbabit sekiranya benar dakwaan dia memandu di bawah pengaruh alkohol. 

Sumber: Melaka Kini

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel