Connect with us

Jenayah

Kes buli pelajar sekolah agama, 4 remaja direman 2 hari

Tular video sekumpulan remaja membuli dan memeras ugut sebanyak RM5 terhadap seorang pelajar sekolah agama telah menimbulkan kemarahan netizen.

Keluarga mangsa dilaporkan telah membuat laporan polis susulan tersebarnya video tersebut.

Loading…

Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah menahan 4 remaja berumur antara 13 hingga 15 tahun dan direman 2 hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Machang Ganti Jimmy berkata perintah itu dikeluarkan oleh Majistret Izuddin Mohd Shukri selepas pihaknya berjaya menahan semua suspek petang semalam.

Advertisement

“Kejadian itu dikatakan berlaku pada 21 Nov tahun lepas namun selepas video berkenaan tular semalam, ahli keluarga mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 1.30 tengah hari.

“Hasil tindakan pantas, pihak kami berjaya menahan keempat-empat suspek di sekitar jajahan ini antara pukul 2 petang hingga 5 petang semalam,” katanya dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang, hari ini.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 384 dan 323 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan dan mendatangkan kecederaan kepada mangsa.

Terdahulu tular di laman sosial sebuah video memperlihatkan seorang remaja cuba memeras ugut dengan meminta wang daripada seorang pelajar sebelum mangsa memberinya wang sebanyak RM5.

Disebabkan wang yang diberi mangsa tidak mencukupi, remaja itu kemudiannya bertindak agresif dengan menyepak mangsa sebelum pelajar itu dihalau pulang ke rumah.

Advertisement

Sebelum itu mangsa dilihat cuba memberikan jamnya sebagai ganti namun ditolak suspek. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel