Connect with us

Terkini

Koronavirus: Cuba naik pesawat balik ke China, 3 beranak ‘dicekup’ di Senai Airport

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din mengesahkan kanak-kanak warga China berusia dua tahun yang disyaki positif koronavirus dan dilarikan oleh ibu bapanya kerana enggan dikuarantin, telah ditahan malam tadi.

Loading…
MU MGID UA

Tiga beranak itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai selepas pihak polis menerima laporan dari doktor Hospital Sultanah Aminah.

“Ya, malam tadi mereka sudah ditahan semula di lapangan terbang dan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) bagi tindakan lanjut. 

“Malam tadi juga kesemua mereka dirujuk ke hospital bagi tindakan lanjut,” katanya seperti dilapor Harian Metro. 

Advertisement

Semalam, pasangan warga China itu tidak membenarkan anak mereka dikuarantin meskipun kanak-kanak itu menunjukkan tanda-tanda positif koronavirus. 

Biarpun doktor telah menjelaskan bahawa mereka tidak akan dapat menaiki pesawat pulang ke China kerana suhu badan anak tinggi, pasangan itu tetap berdegil dan membawa anak mereka keluar dari hospital tanpa kebenaran. 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel