Connect with us

Terkini

Koronavirus: Pasangan warga China enggan dikuarantin, bawa keluar anak dari hospital JB

Pasangan suami isteri warga China membawa keluar anak mereka yang berusia 2 tahun dari hospital tanpa kebenaran kerana tidak mahu dikuarantin. 

Lapor Harian Metro, kejadian itu berlaku semalam di sebuah hospital di Johor Bahru dan kanak-kanak disyaki mempunyai simptom koronavirus.

Loading…

Difahamkan, kanak-kanak itu datang ke hospital awam pada jam 10.18 malam selepas disarankan hospital swasta kerana dia mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk dan demam kejung.

Tetapi pasangan itu tidak mengakui perkara itu. Selepas diperiksa, doktor mengesahkan pesakit itu mempunyai demam virus yang dipercayai koronavirus, lalu memaklumkan kepada pasangan itu bahawa anak mereka perlu dipindahkan ke hospital awam lain untuk dikuarantin dan siasatan lanjut. 

Advertisement

Tetapi pasangan itu enggan berbuat demikian atas alasan mereka perlu pulang ke China dan sudah menempah tiket penerbangan ke negara itu yang dijadualkan berlepas pada jam 10 pagi hari ini. 

Pihak hospital menjelaskan, pihak berkuasa di lapangan terbang tidak akan membenarkan mereka berbuat demikian kerana suhu badan anaknya yang tinggi. Pasangan itu tetap berdegil dan mahu anaknya dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja. 

Video: ‘Ada yang rebah tiba-tiba’ – Situasi di Hospital Wuhan selepas dilanda Koronavirus

Video: Apa yang kita ketahui setakat ini tentang virus Koronavirus Wuhan

Video: Menggerikan! Mangsa korban Koronavirus jatuh di jalanan dan tempat awam

Advertisement

Disebabkan kedegilan pasangan itu, doktor terpaksa membuat laporan polis. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Superintendan Mohd Afzanizam Yahya, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang mengambil tindakan sewajarnya. 

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel