Connect with us

Pilihan Editor

Malaysia catat mangsa keempat jangkitan baru coronavirus dari Wuhan

Kementerian Kesihatan mengesahkan satu lagi kes terbaru 2019 Novel Coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan seorang lelaki rakyat China.

Mangsa keempat kes jangkitan paling baru coronavirus di Johor Bahru melibatkan seorang lelaki berusia 40 tahun dari Wuhan, China, kata Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah .

Loading…

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan berkata lelaki berusia 40 tahun itu disahkan positif 2019-nCoV hasil ujian pengesanan dan pengesahan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

Beliau bagaimanapun berkata kes terbaru itu tidak mempunyai kaitan dengan tiga lagi kes yang dilaporkan awal hari ini.

Advertisement

“Kes ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tiga kes positif yang telah dilaporkan pada awal hari ini, sebaliknya adalah kes baru membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun yang berasal dari Wuhan, China.

“Kes tiba di Johor Bahru pada 22 Januari lalu dengan menaiki bas dari Singapura. Kes datang bersama sekumpulan pelancong warga China seramai 17 orang kesemuanya termasuk isteri dan seorang anak mangsa.

“Kes mengalami gejala demam pada 23 Januari dan keesokan harinya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan Pasukan Perubatan Penyakit Berjangkit Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru,” katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, ujian pengesanan dan pengesahan bagi kes dihantar ke IMR pada petang 25 Januari lalu dan pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan menerima laporan bahawa sampel pesakit terbabit didapati positif 2019-nCoV.

Menurut Dr Noor Hisham, keadaan lelaki itu stabil dan “pada ketika ini kes masih demam dan batuk.”

Advertisement

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor pula telah bertindak segera dengan mengesan “kesemua 17 kontak daripada kumpulan pelancongan yang sama yang disertai oleh kes dan melakukan saringan kesihatan bagi memeriksa status kesihatan mereka.”

“Hasil saringan mendapati mereka tidak demam dan tidak mempunyai sebarang gejala jangkitan.

“Sampel klinikal seterusnya telah diambil dalam kalangan kontak tersebut untuk menjalani ujian pengesanan dan pengesahan 2019-nCoV di MKAK Sungai Buloh.

“Kesemua kontak tersebut seterusnya telah diletakkan di bawah Perintah Pemantauan dan Pengasingan di tempat yang disediakan sementara menunggu keputusan ujian yang dijalankan ke atas mereka,” katanya lagi.

Sumber: Berita Harian, Malaysiakini

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel