Connect with us

Terkini

‘Mayat tersadai di koridor hospital’ – Orang ramai enggan bantu angkat mayat pesakit Koronavirus

WUHAN – Panggilan seorang jururawat meminta pertolongan daripada orang ramai untuk mengangkat mayat pesakit virus koronavirus tidak diendahkan sehingga menyebabkan dirinya menangis akibat tindakan masyarakat.

Loading…

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah hospital di sini kini dipenuhi dengan pesakit virus tersebut bagi merawat wabak tersebut yang boleh mengundang maut, lapor South China Morning Post yang memetik sumber.

Seorang saksi wanita yang dikenali sebagai Xioxi berkata ketika kejadian, dia telah pergi ke hospital tersebut bagi mendapatkan rawatan buat suaminya.

Menurutnya, dia juga telah menyaksikan adegan-adegan yang mengerikan di mana mayat-mayat yang telah dibungkus menggunakan linen ditinggalkan di koridor hospital sementara ramai yang lain sedang menunggu untuk mendapatkan rawatan. 

Advertisement

“Saya menyerahkan satu pek tisu kepada jururawat itu. Dia menangis ketika cuba mendapatkan bantuan beberapa orang untuk mengalihkan mayat tetapi tiada sesiapa yang memberi respons padanya.

Video: ‘Ada yang rebah tiba-tiba’ – Situasi di Hospital Wuhan selepas dilanda Koronavirus

Video: Apa yang kita ketahui setakat ini tentang virus Koronavirus Wuhan

Video: Menggerikan! Mangsa korban Koronavirus jatuh di jalanan dan tempat awam

“Pasukan kesihatan awam kini dalam keadaan terdesak akibat keadaan pesakit yang tidak terkawal disebabkan virus (koronavirus) ini. Di sini anda akan melihat ahli keluarga kini sedang berjuang untuk mendapatkan katil dan rawatan di sini. Kami sangat terdesak,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, 41 orang maut akibat virus terbabit dan kira-kira 1,000 kes telah dilaporkan setakat ini. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel