Connect with us

Mahkamah

Najib beli sut AS$38,695 di House of Bijan

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia membeli jaket atau sut bernilai US$38,695 (RM130,188.52) di House of Bijan, butik dianggap termahal di dunia, yang terletak di Rodeo Drive di Beverly Hills, California, Amerika Syarikat.

Loading…

Urusan pembelian tersebut dibuat dengan menggunakan kad kredit miliknya, Ambank Platinum Master Card, pada 3 Januari 2014.

Beliau berkata demikian ketika diperiksa balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram berhubung perbelanjaan kad kreditnya.

Sithambaram: Datuk Seri, kamu telah membelanjakan RM79,946.75 di House of Bijan pada 3 Jan 2014. Ini untuk perbelanjaan peribadi anda?

Najib: Ya

Advertisement

Sithambaram: Datuk Seri, kamu juga membelanjakan RM50,241.77 di House of Bijan pada tarikh yang sama. Ia juga perbelanjaan peribadi kamu?

Najib: Ya

Sithambaram: Bolehkah saya minta kamu perbelanjaan itu untuk apa?

Najib: Mungkin jaket atau sut, saya tidak berapa ingat.

Terdahulu, Sithambaram juga mendedahkan bahawa RM14,662.46 telah dibelanjakan di Stefano Ricci pada 28 Dis 2013.

Advertisement

Najib membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International, membabitkan tiga pertuduhan jenayah pecah amanah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berkaitan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung 20 Jan ini.

Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel