Connect with us

Mahkamah

Najib terkejut RM42 juta masuk akaun, namun akui tidak pulangkan

Mengakui terkejut mendapat tahu wang berjumlah RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd dalam akaun bank miliknya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui tidak memulangkan kepada syarikat berkenaan.

Najib yang membela diri terhadap tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana SRC, mendakwa mengambil keputusan tidak memulangkan wang terbabit dengan alasan masih tertakluk kepada siasatan pihak berkuasa.

Loading…

Ahli Parlimen Pekan itu ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk V Sithambaram, berkata beliau tidak memulangkan wang itu kerana mahu menunggu hasil siasatan dijalankan, lspor BH Online lagi.

Najib berkata, ketika wang itu dipindah masuk ke dalam akaunnya iaitu pada Disember 2014 dan Februari 2015, beliau sememangnya tidak mengetahui dana terbabit adalah daripada sumber SRC International.

Advertisement

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai sumber wang itu daripada SRC International, selepas perkara itu menjadi isu kemudian.

Sithambaram bagaimanapun tetap mengasak Najib berhubung isu wang itu menyebabkan kedua-dua pihak berbalas kata-kata.

Sithambaram: Sebelum ini Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman (Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd) beri keterangan bahawa kamu terkejut bila mengetahui duit itu milik SRC. Mengapa tidak pulangkan wang itu?

Najib: Saya hendak tengok hasil siasatan

Sithambaram: Ia bukan mengenai hasil siasatan tetapi ia mengenai duit banyak yang masuk dalam akaun kamu… Kamu masih hendak tunggu hasil siasatan? Ok laa…

Advertisement

Sithambaram: Saya katakan bahawa kamu tidak memulangkan wang berkenaan?

Najib: Ya

Sithambaram: Saya katakan bahawa kamu menganggap duit itu seperti kepunyaan kamu… Secara munasabahnya, ia hendaklah dipulangkan

Najib: Ia tertakluk kepada siasatan

Sithambaram: Ia hanya munasabah jika wang itu dipulangkan?

Advertisement

Najib: Jika saya tahu, ya

Sithambaram: Soalan saya mudah. Wang itu perlu dipulangkan kepada SRC

Najib: Saya bersedia untuk berbuat demikian tertakluk kepada siasatan

Menjawab isu lain, Najib tidak bersetuju dengan cadangan Sithambaram bahawa beliau adalah penyebab kepada hutang RM9.3 bilion yang ditanggung kerajaan membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Soalan Sithambaram berhubung wang SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib adalah berdasarkan kepada afidavit diikrarkannya dalam saman sivil dikemukakan beliau terhadap bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Advertisement

Kandungan afidavit itu dikemukakan Sithambaram ketika menyoal balas Najib.

Sithambaram: Apa yang kamu tidak tahu berdasarkan kepada afidavit ini, adalah wang yang dimasukkan ke dalam akaun kamu dipindah masuk melalui dua syarikat.

Najib: Tidak… tidak. Saya tidak tahu ia adalah duit SRC, itu yang saya maksudkan.

Sithambaram: Saya katakan bahawa apa yang kamu tidak tahu ialah wang itu dimasukkan melalui syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd. Perkara ini yang kamu tidak tahu.

Najib: Saya tidak tahu ia wang SRC. Muktamad.

Advertisement

Sithambaram: Saya katakan kamu mengetahui sumber wang itu.

Najib: Saya tidak bersetuju

Pada prosiding itu, Sithambaram turut menimbulkan persoalan berhubung pihak mana yang sanggup memalsukan tandatangan Najib seperti dinyatakannya.

Sithambaram membangkitkan persoalan itu kepada Najib yang ketika itu menurutnya adalah individu yang memegang kuasa selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Najib sebelum itu memberitahu Mahkamah Tinggi, bahawa dokumen Minit Mesyuarat SRC International berkaitan pinjaman dana RM4 bilion syarikat itu daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) yang mengandungi tandatangannya, dipalsukan.

Advertisement

Sithambaram: Selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan iaitu orang paling berkuasa, siapa sanggup palsukan tandatangan kamu?

Najib: Ini bukan soalan yang adil.

Sithambaram: Soalan ini adil, ia sangat mudah. Kamu individu yang memegang kuasa dan SRC adalah syarikat berkaitan kerajaan di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan), malah kamu sentiasa menyatakan tandatangan kamu dipalsukan. Siapa mampu berbuat demikan?

Najib: Datuk Suboh ( bekas Pengarah SRC International, Datuk Suboh Md Yassin) juga pernah mendakwa tandatangannya dipalsukan.

Sithambaram: Itu bukan soalannya. Saya tanya kamu yang mendakwa tandatangan kamu dimanipulasi dan dipalsukan. Saya mahu tahu siapa yang bertanggungjawab melakukannya. Ini adalah GLC (sambil meninggikan suara)

Advertisement

Najib: Saya tidak tahu.

Sithambaram: Sekarang kamu menyatakan Ahli Lembaga Pengarah bertindak melalui dokumen dipalsukan itu?

Najib: Ya

Sithambaram kemudian mencadangkan bahawa Najib tidak meminta dokumen asal selepas ditunjukkan dengan salinan dokumen berkenaan kerana mengetahui ia sebenarnya adalah tandatangan beliau (Najib), tetapi Najib bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Dalam keterangan kelmarin, Najib berkata, beliau sangsi dengan ketulenan tandatangannya apabila banyak penipuan didedahkan pada perbicaraan kes SRC yang dihadapinya.

Advertisement

Perkara itu timbul selepas Sithambaram mempersoalkan percanggahan antara kenyataan beliau kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pernyataan saksinya di mahkamah.

Najib mendakwa bahawa apa yang ditunjukkan kepadanya oleh pegawai SPRM hanya dokumen salinan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel