Connect with us

Terkini

Pejabat TPM buat laporan polis terhadap Raymond Cheah

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, membuat laporan polis bagi menafikan kewujudan individu yang mendakwa dirinya sebagai penasihat kepada TPM, hari ini.

Loading…

Pegawai Khas berkenaan, Yew Boon Lye membuat laporan di Balai Polis Klang, Selangor petang tadi dan mengesahkan bahawa pihaknya tidak pernah melantik atau mempunyai penasihat Wan Azizah seperti yang didakwa individu bernama Raymond Cheah.

“Kebelakangan ini, kami sering menerima aduan dan pertanyaan daripada orang awam mengenai individu terbabit yang dikhuatiri mampu menjejaskan nama baik TPM (Timbalan Perdana Menteri).

“Saya ditugaskan untuk membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap perkara ini.

Advertisement

“Siasatan perlu dijalankan kerana ia adalah perkara yang amat serius memandangkan jawatan yang didakwa (Raymond Cheah) tidak wujud sama sekali,” katanya dihubungi.

Beliau turut memaklumkan perkara itu mendapat perhatian Wan Azizah dan beliau sendiri sudah membuat penjelasan menerusi status dimuat naik di Facebook, hari ini.

“Setakat ini, belum ada lagi yang memberitahu ditipu atau menjadi mangsa jenayah kepada individu berkenaan.

“Cuma orang awam kerap bertanya mengenai kewujudannya,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, memaklumkan tidak pernah melantik individu bernama Raymond Cheah sebagai penasihat kepada Wan Azizah.

Advertisement

Hantaran itu turut menyertakan gambar kad nama individu berkenaan yang menggunakan jawatan penasihat kepada Jabatan Timbalan Perdana Menteri. – Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel