Connect with us

Mahkamah

Perbicaraan kes 1MDB Najib disambung 18 Februari, 13 hingga 16 Jan bagi bicara kes pinda Laporan Akhir audit 1MDB

Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama, akan disambung pada 18 Feb ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menetapkan 18 dan 21 Feb serta 2 hingga 13 dan 19 – 20, 23 – 27; 30 – 31 Mac; 1 – 30 April manakala 4 – 8; 11 – 22 Mei termasuk Jumaat.

Loading…

Mahkamah juga menetapkan keseluruhan Jun, Julai, Ogos, September dan Oktober termasuk pada Jumaat untuk mendengar kes tersebut.

“Bagaimanapun perbicaraan pada hari Jumaat akan bermula pada sebelah pagi sehingga 12.30 tengah hari,” kata hakim semasa pengurusan kes berkenaan hari ini.

Advertisement

Mengenai tarikh perbicaraan pada 13 – 16 Jan yang ditetapkan sebelum ini, Sequerah berkata beliau memutuskan untuk melapangkan tarikh berkenaan bagi perbicaraan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang dihadapi Najib, selepas perbincangannya dengan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan yang mendengar kes tersebut.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib mewakili pendakwaan manakala peguam Rahmat Hazlan mewakili Najib.

Sebelum itu Rahmat memaklumkan mahkamah bahawa tarikh baru berkenaan akan bertembung dengan kes lain yang dikendalikan peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah seperti perbicaraan kes bunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang ditetapkan disambung semula pada Mei.

Beliau turut memaklumkan mahkamah bahawa perbicaraan kes bunuh CEO Cradle Fund itu telah ditetapkan lebih awal pada Disember lepas.

Hakim kemudiannya meminta peguam menulis kepada hakim Mahkamah Tinggi yang berkaitan memohon supaya tarikh perbicaraan itu dilapangkan untuk perbicaraan kes utama 1MDB yang dihadapi Najib.

Advertisement

Pembelaan akan meneruskan pemeriksaan balas saksi utama pendakwaan, bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Najib, 67, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur di antara 24 Feb 2011 dengan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (1) akta sama.

Bekas menteri kewangan itu berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda sehingga lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika didapati bersalah.

Advertisement

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank sama di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel