Connect with us

Pilihan Editor

‘Pernah saya beli berlian untuk isteri?’ – Tun Mahathir soal kembali apabila dituduh rasuah

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari dengan tegas menyatakan komitmen kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membasmi rasuah.

Dr Mahathir berkata tiada sesiapa yang boleh melanggar undang-undang sesuka hati terutama dalam jenayah berkaitan rasuah.

Loading…

“Menghapuskan rasuah menjadi keutamaan kerajaan ini kerana tiada sesiapa pun yang lebih tinggi daripada undang-undang. Malah jika ada bukti Perdana Menteri korup, tindakan perlu diambil.

“Tetapi ada juga orang tuduh saya rasuah ketika jadi Perdana Menteri sebelum ini tetapi tiada bukti. Adakah saya pernah membeli berlian berharga RM27 juta untuk isteri saya? Jawapannya tiada, sebaliknya kami menjalani kehidupan seperti orang biasa,” katanya pada sesi bual bicara sempena Forum Integriti Bank Rakyat 2020 yang dikendalikan Pengerusi Bank Rakyat, Noripah Kamso, pagi ini

Advertisement

“Tetapi kita perlu terima, tuduhan akan dibuat (tetapi) yang penting ialah jangan korup dengan kuasa yang kamu miliki,” katanya.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel