Connect with us

Pilihan Editor

Rakyat Simpang Renggam sambut kepulangan Maszlee Malik

Bekas Menteri Pelajaran, Dr Maszlee Malik hari ini pulang ke tempat asalnya di Simpang Renggam.

Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Dr Maszlee mengucapkan terima kasih kepada rakyat Simpang Renggam kerana menyambut kepulangannya hari ini.

Loading…

“Terima kasih rakyat Simpang Renggam yang menyambut kepulangan saya hari ini.

“Terutama kepada mereka yang memberi kata-kata semangat dan menunggu saya tanpa lelah.” Kata Dr Maszlee.

Advertisement

Menggunakan kata-kata semangat ‘Kita Jalan Terus’ Dr Maszlee menjelaskan beliau mahu bekerja lebih kuat terutamanya kepada kawasannya di Simpang Renggam.

“Kita akan terus bekerja dengan lebih kuat demi kemakmuran dan kesejahteraan kawasan ini.

“Kita Jalan Terus!” Tulisnya lagi

Terdahulu Maszlee ‘memulangkan’ kembali jawatan Menteri Pelajaran kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas nasihat Perdana Menteri sendiri.

“Saya tidak sedih, tidak marah. Yakin ada hikmah di sebalik perkara ini…paling besar saya dapat kembali berkhidmat buat rakyat Simpang Renggam,” katanya semasa berucap pada Program Bersama Penduduk yang berlangsung di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Simpang Renggam, di sini hari ini.

Sebaliknya Maszlee berkata beliau berterima kasih kepada perdana menteri kerana memberi peluang selama 20 bulan untuk membuktikan dirinya mampu menggalas tanggungjawab diberikan dan mengakui tempoh itu merupakan kenangan manis sepanjang hidupnya yang kini sudah berumur 45 tahun.

Mengulas mengenai petisyen yang dilancarkan mendesak agar dirinya dikekalkan sebagai Menteri Pendidikan, beliau berterima kasih atas sokongan yang diberikan masyarakat terhadap dirinya.

“Saya difahamkan petisyen itu sudah hampir setengah juta, terima kasih, saya faham dan berkongsi simpati.

Advertisement

Baca: Petisyen kekalkan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan terus meningkat, cecah 380k tandatangan!

Saya yakin ‘tapak’ yang saya sediakan di Kementerian Pendidikan mencukupi dan pengganti saya nanti akan dapat meneruskan agenda pendidikan negara,” katanya lagi. – Malaysian Update

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel