Connect with us

Pilihan Editor

Sah! MB, exco Kelantan dapat ‘bonus’ RM50,000 seorang

Selepas pembelian 14 buah Mercedes Benz sebagai kereta rasmi, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan pimpinan kerajaan negeri itu menerima ‘bonus’ RM50,000 seorang yang menurutnya, ia adalah pemberian khas susulan pencapaian pendapatan kerajaan negeri.

Loading…

“Ini bukan bonus kerana kita tidak layak menerima bonus sebagaimana kakitangan awam.

“Sebanyak 14 individu termasuk EXCO dan menteri besar menerima pemberian khas ini.

“Bukannya selalu, tahun ini saja paling banyak dan tahun depan mungkin tiada,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, seperti dilaporkan Harian Metro.

Advertisement

Terdahulu, isu pemberian khas RM50,000 seorang kepada pimpinan kerajaan termasuk Menteri Besar dan Timbalannya, Setiausaha Negeri Kelantan dan barisan EXCO dipersoalkan pegawai dan kakitangan negeri itu, disebalik isu pembelian 14 kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri Kelantan belum reda.

Menurut sumber, pemberian sejumlah dana itu itu diterima minggu kedua bulan ini, bersekali dengan bonus tambahan yang diterima kakitangan kerajaan negeri.

“Tidak wajar kakitangan mendapat bonus RM1,000, sedangkan belasan pimpinan negeri menerima sebanyak RM50,000.

“Memang pemberian khas RM50,000 kepada pimpinan tertinggi negeri itu tidak diumumkan sebagaimana pengumuman bonus tambahan, namun orang dalaman semua tahu dan agak kecewa.

“Mereka menguar-uarkan konsep berjimat dalam pentadbiran negeri sedangkan mereka sendiri mampu menerima bonus RM50,000 seorang,” kata sumber yang enggan namanya disiarkan media.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel