Connect with us

Pilihan Editor

SPRM dedah 9 set rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi berdurasi 45 minit

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Loading…

Pada sidang media khas, di sini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, memperdengarkan klip audio berkaitan perbualan berkaitan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd.

Antaranya, rakaman percakapan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, mendedahkan maklumat siasatan mengenai skandal dana 1MDB kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2016.

Latheefa berkata, semua rakaman percakapan yang didedahkan SPRM didakwa berlaku pada 2016, dan hasil siasatan setakat ini mendapati ia adalah tulen.

Advertisement

“Kami telah diberikan rakaman itu…selaras dengan penyiasatan, kami dapat mengesahkan kesahihan mutlak rakaman berkenaan.

“Kandungannya mengejutkan, ia adalah untuk menyembunyikan dan subversif keadilan….

“Demi kepentingan awam, kami mendedahkan kepada umum kandungannya,” katanya mengenai sembilan set klip audio berkenaan.

Beliau berkata, rakaman berkenaan dipercayai membabitkan sekurang-kurangnya tujuh individu, iaitu Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Dzulkifli; Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, serta dua individu dari Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Beliau berkata, perbincangan antara individu dalam rakaman terbabit menunjukkan wujud elemen konspirasi jenayah, pecah amanah, salah guna kuasa, pendedahan maklumat sulit, pemalsuan dokumen dan ancaman keselamatan negara.

Advertisement

“Kesemua sembilan set rakaman percakapan berkenaan diterima SPRM pada awal tahun ini.

“SPRM akan menyerahkan semua rakaman percakapan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – BH Online

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel