Terjemahan kenyataan media Tan Sri Shafee Abdullah susulan pendedahan rakaman audio didakwa konspirasi jenayah tertinggi oleh SPRM

0
106

Berikut adalah terjemahan kenyataan media Tan Sri Shafee Abdullah susulan pendedahan sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.

BAIK…saya ingin membuat beberapa kenyataan.

Dalam sebuah siasatan profesional yang lengkap, apa agensi penyiasatan akan lakukan pada setiap masa melainkan oada situasi ini adalah, apabila mereka memperolehi butiran, informasi dan terutamanya bahan bukti…(ini merujuk kepada bahan bahan bukti yang mereka dakwa telah jumpai).

Pada kebiasaanya mereka akan membuat laporan polis atau laporan SPRM dan mereka akan membuat siasatan secara sulit. Mereka tidak akan mendedahkannya kepada orang awam kerana siasatan itu sendiri bersifat sulit.

Loading…

Malah Latheefah Koya kata ini adalah merupakan rahsia rasmi yang TS Dzul sedang bincang. Latheefah pun bersalah melakukan kesalahan yang sama kerana perkara ini masih perlu disiasat.

Dan perkara paling teruk adalah, dia mendedahkan kesemua ini kepada orang awam dalam keadaan dia tahu bahawa agensinya (SPRM) tidak akan menyiasat perkara ini. Dia telah kata dia akan menyerahkan segala siasatan kepada pihak polis.

Jadi apa yang dia telah lakukan secara literal adalah dia telah mendahului siasatan dan telah membocorkan fail siasatan polis yang belum mula pun menyiasat!

Dia telah membocorkannya dan kini polis perlu menyiasat suatu perkara yang sudah pun diketahui umum. Jadi ini saya fikir adalah merupakan satu salah laku Latheefah.

Keduanya, anda boleh lihat terdapat dua atau tiga kes melibatkan mahkamah yang disentuh oleh rakaman ini. Secara jelas ia melibatkan kes SRC, 1MDB dan juga kes Riza Aziz.

Dengan mendedahkan rakaman tersebut sekarang kepada umum adalah subjudis. Malah ia menghina mahkamah. Kami serius sedang mempertimbangkan untuk memulakan proseding menghina mahkamah ke atas SPRM khususnya Latheefa Koya.

Kerana saya fikir Latheefah sebagai peguam, (sungguhpun Latheefa tidak mahu mengaku dia bercakap sebagai seorang peguam dari segi kelulusan)…Sebagai seorang peguam Latheefah patut tahu bahawa perbuatannya ini bukan secara sipi-sipi menghina mahkamah tetapi ia sememangnya menghina mahkamah.

Adakah SPRM cuba mempengaruhi mahkamah dan subjudis terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung?

Kerana anda boleh lihat bagaimana ia akan menjadi sebegitu (mempengaruhi dan subjudis). Saya berikan beberapa contoh supaya anda faham.

Anda ingat bukan dia kata bahawa ada elemen informasi rahsia telah diberi kepada seorang suspek iaitu perbualan antara Tuan Dzul (belum lagi TS pada masa itu) dengan DSN. Mereka kata terdapat pembocoran tentang apa yg sedang berlaku dalam siasatan.

Jadi mereka katakan terdapat potensi pembocoran rahsia rasmi oleh TS Dzul. Juga kemungkinan DSN bersubahat. Mereka katakan sebegitu.
Kemudian mereka dakwa berlakunya percubaan mereka bahan bukti. Anda ingat bagaimana ini dikaitkan? Latheefah merujuk kepada perbualan telefon antara DSN dengan seorang ketua kerajaan lain di luar negara tentang fakta bahawa Riza Aziz sememangnya telah diberikan pinjaman.

Bahagian kedua perbualan itu yang Latheefah abaikan adalah DSN telah katakan di dalam rakaman tersebut bahawa Riza telah memberitahu beliau yang dia menerima pinjaman dari Syeikh Mansor (ketua kerajaan UAE telah mengiyakannya). Tetapi DOJ telah menjadikannya satu isu. Riza hanya mahukan pinjaman ini didokumenkan sebagai satu perjanjian persetujuan.
Ia bukan percubaan untuk menukar sesuatu perolehan kewangan menjadi seolah-olah satu pinjaman. Sekiranya sebegitu, ia adalah percubaan mereka-reka bahan bukti!

Saya tidak rasa SPRM faham undang-undang. Apabila Latheefa membuat kenyataan tersebut, dia sememangnya secara mutlak telah lari dari fokus tentang apa maksud mereka-reka/pemalsuan bahan bukti. Namun dia sebut semua perkara ini…semua ini disebut dengan bertujuan untuk mempengaruhi perjalanan kes 1MDB dan SRC.

Kerana ini adalah usaha untuk menampakkan DSN kurang kredibel, atau bagi memberikan persepsi kepada orang awam dan mahkamah bahawa DSN semestinya bersalah kerana jika tidak kenapa perlu dia bercakap dengan ketua negara lain sebegitu, dengan isterinya sebegitu dan dengan TS Dzul begitu. Jadi ini adalah perkara-perkara yang boleh mempengaruhi mahkamah dan inilah pengertian subjudis. Kerana itulah ia menghina mahkamah. Kami memandang perkara ini dengan amat serius.

Perkara lain yang amat membingungkan saya adalah, Latheefah Koya telah mengatakan bahawa, “Saya perlu dedahkan kepada kamu (orang awam). Kamu yang pertama mendapat info ini. PM pun tak tahu lagi. Saya perlu dedahkan kepada anda kerana ia melibatkan keselamatan negara.”

Sejak bila Isu Keselamatan Negara anda dedahkan kepada masyarakat umum?!
Sifat dan Definisi isu Keselamatan Negara itu sendiri adalah merupakan rahsia dan disimpan oleh agensi yang menyiasat. Namun dia dedahkan kepada masyarakat umum hari ini, apa yang merupakan isu keselamatan negara. Dia telah melanggar secara mutlak Akta Rahsia Rasmi dengan pengakuannya sendiri!

Anda juga akan perasan bahawa apabila anda memperolehi bahan bukti baru, anda boleh kemukakan bukti tersebut di dalam perbicaraan yang sedang berlangsung ini (SRC, 1MDB) atau anda tidak menggunakannya dan biarkan pihak berkuasa menyiasat.

Anda tidak boleh dedahkannya di luar mahkamah kerana soalan yang saya akan tanya nanti adalah apakah objektif kamu? Kerana mereka boleh menggunakannya (bahan bukti baru) di dalam mahkamah sekiranya ianya berguna bagi mereka. Walaupun saya rasa ia tidak berguna bagi mereka.

Namun idea mereka adalah kelihatan jelas bahawa mereka dengan sengaja mahu mempengaruhi perjalanan kes mahakamah Najib.

Saya juga dapati adalah aneh apabila Latheefah Koya yang merupakan ahli politik sepenuh masa sebelum ini, mungkin tabiatnya susah dibuang, dia masih bersikap seperti ahli politik sehingga hari ini. Sebagai seorang KP SPRM, dia seolah-olah merancang masa kenyataan seperti ini setiap kali pilhanraya kecil akan berlangsung.

Adakah dia terlibat lagi dalam politik? Adakah dia masih berminat untuk melihat keputusan PRK Kimanis? Sekiranya sebegitu, beliau patut letak jawatan dan menjadi ahli politik semula. Anda kena buat keputusan.

Lain-lain perkara berkenaan isu ini saya mahu simpan komen saya sehingga saya dapat melihat dan menganalisa rakaman tersebut dengan amat teliti. Namun kami secara pasti sedang secara serius meneliti aspek subjudis dan menghina mahkamah dalam kenyataan Latheefah Koya.

Soalan wartawan1: TS…bolehkah rakaman seperti ini yang SPRM dakwa diterima dari orang yang tidak diketahui boleh diterima di mahkamah sebagai bahan bukti?

Jawapan TS Shafee: Sekiranya individu itu kekal enggan dinamakan, secara jelas rakaman itu tidak boleh diterima di dalam mahkamah. Kerana bagi membolehkan sesuatu bahan bukti itu diterima mahkamah, anda perlu menunjukkan beberapa perkara, yang pertama adalah riwayat (history), asal usul (provenance) dan ketulenan bahan bukti. Dalam kes ini, mana susur galur riwayat dia?

Ini sama seperti Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang pernah berkata mereka perolehi bahan bukti dari sumber tidak diketahui. Kit Siang kata ada orang bernama Khamis telefon dia dan apabila dia buka pintu, ada rakaman video lucah DP Vijendran ditinggalkan. Karpal juga kata ada orang ketuk pintu pejabatnya dan bila dia buka, dia juga dapat rakaman video lucah tersebut di depan pintu pejabatnya.

Kesemua bahan bukti video seks ini telah ditolak mahkamah kerana tidak ada history dan asal usul bahan bukti tersebut. Jadi ini boleh menjawab soalan anda secara jelas.

Namun saya mengesyaki ada banyak perkara lain seperti siapa yang merekod rakaman ini.
Kerana kemampuan untuk mengintip dan merakam perbualan telefon ini dengan spektrum yang cukup luas, bukan saja DSN kena malah TS Dzul, ketua kerajaan lain, DS Rosmah…sesiapa yang melakukan ini merupakan seorang yang mempunyai kebiadapan untuk mencabul setiap peruntukan undang-undang yang saya boleh terfikir.

Saya tidak rasa ini adalah kerja individu.
Saya fikir ini adalah kerja orang dalaman.

Mereka sedar tiba-tiba (dengan perkembangan kes SRC dan 1MDB yang tidak memihak mereka) sedar mereka perlu menggunakan rakaman ini untuk mempengaruhi kes ini dan mereka bocorkannya dengan sengaja.

Soalan wartawan2: Adakah terdapat peruntukan undang-undang yang membenarkan perakaman curi seperti ini?

Jawapan TS Shafee: Tidak. Tidak sama sekali. Anda perlu mempunyai kuasa yang tidak kurang dari kebenaran Peguam Negara. Mungkin Peguam Negara sendiri (Ghani?) atau Peguamcara Negara yang mampu memberikan keizinan. Atau anda melepasi tapisan keselamatan tertentu sebelum anda diberi kelepasan untuk mengintip perbualan telefon. Anda tak boleh intip dan rakam begitu saja.

Soalan wartawan3: TS…tadi DS Rosmah juga kata dia telah menyerahkan kepada peguamnya untum uruskan perkara ini. Jadi adakah TS juga terlibat sama berbincang dengan peguam DS Rosmah bagi mengurus kes itu?

Jawapan TS Shafee: Tidak. Kami akan lakukannya secara berasingan. Kerana kes kami (SRC dan 1MDB) adalah berbeza dari kes DS Rosmah. DS Rosmah betul tindakannya tetapi kes kami lain.

Datuk Seri Najib Razak merupakan bekas perdana menteri dan juga bekas presiden Umno. Terjemahan ini dimuat naik dilaman sosial milik beliau.

“Jangan ajar aku, aku taulah!”

Perbualan antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad dan Najib Razak

“Can I advise you something?” kata Rosmah kepada Najib

Perbualan didakwa antara Dzulkifli dan Abdul Azeez

Naji Nafi Kena Marah Dengan Rosmah, Shafee Pertimbang Ambil Tindakan Hina Mahkamah Terhadap SPRM, Latheefa

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...