Connect with us

Terkini

‘Tolong uruskan satu rangka manusia…’ – Nota misteri bongkar penemuan mayat dalam rumah kosong

TANJONG KARANG – Jemaah Surau Batu 11 di sini gempar dengan penemuan nota misteri yang membongkar penemuan mayat disyaki seorang lelaki di sebuah rumah di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak di sini petang semalam.

Loading…

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, jemaah yang baru sahaja menunaikan solat Zohor terkejut menemui nota misteri diletakkan di peti surat surau itu yang meminta penduduk menguruskan jenazah di sebuah rumah tidak berpenghuni.

Pengerusi Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Melaka, Mohd Jamil Baharom berkata, dia dimaklumkan kejadian itu apabila dihubungi seorang penduduk.

“Saya tiba di tempat kejadian jam 5 petang dan ketika itu kelihatan polis dan penduduk sudah berada di lokasi kejadian.

Advertisement

“Sejurus itu, saya masuk ke dalam rumah terbabit dan terkejut apabila jasad manusia tidak bernyawa dalam keadaan terlentang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Jamil berkata, jenazah terbabit dipercayai seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 60 tahun yang dikenali penduduk setempat.

“Mayat kemudiannya dibawa polis ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat pada jam 6 petang,” katanya.

Mohd Jamil berkata, rumah terbabit sebelum ini dimiliki seorang guru yang menetap bersama isteri dan anak-anaknya, namun setelah lelaki itu meninggal dunia kediaman terbabit dijual kepada pembeli lain sekitar tahun 90-an.

“Arwah sebelum ini mengambil upah membersihkan persekitaran rumah terbabit, namun sudah lama tidak kelihatan sejak setahun lalu dan saya difahamkan arwah mungkin datang semula ke kampung ini,” katanya.

Advertisement

Bagaimanapun, katanya, penduduk berasa pelik memandangkan jenazah itu dalam keadaan sempurna dan tidak berbau busuk.

“Walaupun keadaan mayat reput, kami tidak menghidu bau mayat ketika memasuki rumah terbabit dan ini mungkin petunjuk kepada kebesaran ALLAH.

“Arwah semasa hayatnya disifatkan seorang yang baik hati, tidak banyak bercakap dan sering menunaikan solat lima waktu di surau.

Seorang peniaga gerai makanan, Zainab Dimin, 63, berkata, dia yang baharu pulang dari pasar terkejut apabila melihat polis dan penduduk berkumpul di rumah terbabit.

Katanya, gerainya yang terletak berhadapan rumah itu dengan jarak kira-kira 120 meter tidak pernah menghidu bau mencurigakan.

Advertisement

“Saya terkejut apabila pelanggan yang singgah ke gerai memaklumkan ada mayat dalam rumah terbabit.

“Sepanjang gerai ini beroperasi tak pernah pula saya dan pekerja hidu bau pelik, malah jiran sebelah rumah terbabit juga terkejut apabila dimaklumkan penemuan mayat tersebut,” katanya. – Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel