Perdana Menteri yang juga kini memangku jawatan Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau masih keliru kerana terlalu banyak fakta diberikan kepadanya.
Bagaimanapun Tun Mahathir berkata ada satu keputusan yang sudah dibuat beliau, iaitu mengenai warna kasut pelajar.
“Saya sekarang sedikit keliru sebab terlalu banyak fakta diberikan kepada saya, jadi sekarang saya sedang mengkajinya.
“Tapi satu perkara yang saya sudah putuskan ialah, kamu boleh pakai kasut coklat, kasut hitam, kasut putih, kasut kelabu… apa-apa kasut pun boleh,” katanya Tun Mahathir lagi seperti dilapor Malaysiakini.
Walaupun kelihatan serius ketika membuat kenyataan tersebut, jawapan Tun Mahathir itu tetap disambut gelak ketawa oleh pemimpin kanan Bersatu.
Sebelum ini bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat keputusan untuk menukar warna kasut sekolah daripada putih ke hitam
Isu warna kasut sekolah itu telah menjadi perhatian ramai dengan sesetengahnya menyokong keputusan tersebut, namun ramai juga yang mengkritik dan mempersendakannya.