Connect with us

Mahkamah

Tunggakan cukai pendapatan RM1.69 bilion, Mahkamah dengar permohonan Najib tangguh saman LHDN 24 Jan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Jan untuk mendengar permohonan Najib Razak menangguhkan prosiding saman Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terhadapnya untuk membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion.

Permohonan itu dikemukakan sementara menunggu rayuan berhubung taksiran cukai Najib kepada LHDN.

Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, memaklumkan tarikh itu kepada pemberita selepas berakhirnya pengurusan kes dalam kamar Hakim Ahmad Bache.

Peguam LHDN, DP Naban, turut hadir.

Advertisement

Muhammad Farhan berkata tarikh bagi pendengaran permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman ringkas terhadap Najib masih belum ditetapkan mahkamah.

Penghakiman ringkas adalah penghakiman yang dibuat oleh mahkamah tanpa perbicaraan penuh.

Pada 8 Ogos tahun lepas, Najib memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding saman LHDN yang menuntut beliau membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion sementara menunggu rayuannya berhubung taksiran cukai kepada LHDN.

Bagaimanapun, LHDN dalam afidavit sokongannya berkata, Najib masih perlu membayar jumlah RM1.69 bilion itu walaupun memfailkan rayuan terhadap taksiran cukai itu.

Penolong Pengarah Unit Pemantauan LHDN Hisyamuddin Mohd Hassan, dalam afidavit sokongannya berkata, menurut Seksyen 103 Akta Cukai Pendapatan 1967, semua cukai yang ditaksir perlu dibayar pada hari notis taksiran diserahkan sama ada orang itu merayu ataupun tidak terhadap taksiran itu.

Advertisement

Pada 25 Jun tahun lepas, kerajaan menerusi LHDN menyaman Najib bagi menuntut bayaran RM1.69 bilion bagi cukai pendapatan yang belum dibayar dengan kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, serta kos dan relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel